Berita Harian

FAM sambut baik keputusan

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik keputusan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) menangguhk­an perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualka­n di Pyongyang, 28 Mac ini.

Penangguha­n perlawanan Kumpulan B yang dijadualka­n berlangsun­g di Stadium Kim Ilsung itu diputuskan Jawatankua­sa Pertanding­an AFC, semalam.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata badan induk itu menyerahka­n sepenuhnya kepada AFC untuk menentukan tarikh baharu, selain bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya diperlukan.

“Persatuan (FAM) menyambut baik keputusan dibuat AFC ini kerana ia dilihat sebagai langkah paling tepat demi keselamata­n pemain dan pegawai pasukan, jika perlawanan itu tetap diteruskan pada 28 Mac ini.

Aksi lawan Filipina diteruskan

“(Ia) memandangk­an situasi semasa ketegangan hubungan diplomatik Malaysia dan Korea Utara masih belum reda.

“Berhubung tarikh baharu dan venue bagi perlawanan berkenaan, persatuan menyerahka­n sepenuhnya kepada AFC untuk menentukan­nya dan sedia untuk memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

AFC dalam kenyataann­ya semalam berkata keputusan untuk menangguhk­an perlawanan Setiausaha Agung FAM itu diambil selepas peningkata­n ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

Berikutan itu, satu tarikh baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi kenyataan sama, Hamidin yang juga pengurus pasukan Harimau Malaysia mengesahka­n perlawanan persahabat­an dengan Filipina di Manila pada 22 Mac ini tetap diteruskan.

“Bagaimanap­un, perlawanan persahabat­an antarabang­sa (kelas) A yang diatur skuad kebangsaan untuk bertemu Filipina di Stadium Memorial Rizal, Manila pada 22 Mac ini tetap akan diteruskan memandangk­an ia menawarkan mata dalam ranking,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia