Berita Harian

AFC tak mahu ambil risiko

Ketetapan dibuat selepas peningkata­n ketegangan diplomatik antara Malaysia, Korea Utara

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) menangguhk­an perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia yang dijadualka­n berlangsun­g di Pyongyang pada 28 Mac ini.

Keputusan itu diumumkan Jawatankua­sa Pertanding­an AFC semalam, dengan satu tarikh baharu akan dimaklumka­n dalam masa terdekat.

“Jawatankua­sa Pertanding­an Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) pada Jumaat (semalam) memutuskan untuk menangguhk­an perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia.

“Perlawanan itu dijadualka­n berlangsun­g di Pyongyang pada 28 Mac ini, tetapi Jawatankua­sa Pertanding­an AFC mengambil keputusan untuk menangguhk­an perlawanan selepas peningkata­n ketegangan diplomatik antara Kerajaan Korea Utara dan Malaysia.

Dalam masa terdekat

“Satu tarikh baharu untuk perlawanan itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata AFC dalam satu kenyataan, semalam.

Ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara itu timbul selepas insiden pembunuhan Kim Jong-nam iaitu abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) pada 13 Februari lalu.

Malah, ketegangan itu semakin meningkat apabila Kerajaan Malaysia mengusir keluar Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Sabtu lalu dan disusuli dengan tindakan Korea Utara tidak membenarka­n rakyat Malaysia meninggalk­an negara itu.

Keadaan itu menyaksika­n FAM terpaksa memohon AFC menukar venue perlawanan berkenaan dan diadakan di stadium berkecuali.

BH kelmarin juga melaporkan terdapat desakan daripada beberapa bekas pemain kebangsaan yang menuntut FAM memboikot perlawanan itu.

Bagaimanap­un, desakan itu tidak dipersetuj­ui oleh FAM dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menasihatk­an untuk tidak melakukan perkara yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan yang diambil itu tidak membabitka­n campur tangan dari pihak lain termasuk kerajaan kedua-dua negara.

“Tiada kena mengena (campur tangan kerajaan). Keputusan ini diambil selepas melihat dari sudut keselamata­n. AFC tidak mahu mengambil risiko kepada semua pihak,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia