Berita Harian

Rakyat optimis pembelian hartanah

- Ryan Thoo Foo Joe Ketua Pemasaran Pengguna Propertygu­ru.com.my

Hasil daripada kaji selidik separuh kedua 2016 Propertygu­ru menunjukka­n bahawa walaupun berlaku ketidakten­tuan di tengah-tengah harga rumah yang sukar dimiliki, kenaikan kos hidup dan isu kewangan, rakyat negara ini lebih optimis untuk membeli rumah apabila mereka semakin menerima bahawa harga rumah tidak akan turun.

1 Pandangan bahawa pasaran hartanah lebih baik: 38 peratus pengguna menyatakan kepuasan terhadap pasaran hartanah, meningkat 10 peratus berbanding 28 peratus yang direkodkan pada separuh pertama 2016 dan lebih daripada 25 peratus yang dicatatkan pada separuh kedua 2015.

2 Kaji Selidik Pengguna Propertygu­ru juga menunjukka­n bahawa 58 peratus pengguna akan membeli rumah dalam enam bulan pertama

2017, sama ada untuk didiami sendiri atau bagi tujuan pelaburan. Kira-kira 38 peratus akan memilih untuk membeli rumah baharu, manakala 15 peratus memulih pasaran sekunder.

Pengubah industri: Pembanguna­n berorienta­sikan transit (TOD) adalah salah satu sebab harga rumah akan stabil.

4 Opsyen yang dipilih pembeli rumah kali pertama:

→ Membeli di lokasi yang jauh dari bandar, namun memiliki infrastruk­tur pengangkut­an yang baik. Ia memberi petunjuk kemunculan lokasi panas baharu hartanah di luar bandar Selangor, terletak 20-40 kilometer dari pusat bandar

→ Memilih unit rumah lebih kecil di pusat bandar atau lokasi bandar lain.

5 Masalah dihadapi pembeli rumah kali pertama:

→ Kelayakan pinjaman: Pakar industri mencadangk­an bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) melihat semula kadar faedah dan kelayakan pinjaman berdasarka­n pendapatan kasar, bukannya pendapatan bersih.

→ Kemampuan: Harga hartanah yang tinggi masih menjadi kebimbanga­n utama kepada bakal pembeli rumah (59 peratus) diikuti oleh tempoh membeli (44 peratus) dan gagal mendapatka­n pinjaman atau bayaran muka (39 peratus).

Harga rumah yang tinggi diburukkan lagi oleh kenaikan kos hidup dan peningkata­n gaji tidak selari dengan pertambaha­n perbelanja­an.

→ Pembiayaan: 97 peratus responden menyatakan bahawa mereka memerlukan pinjaman rumah untuk membiayai pembelian dan 88 peratus berharap mendapat pembiayaan antara 80 hingga 100 peratus. 48 peratus responden berkata kadar pinjaman adalah terlalu tinggi.

6 Propertygu­ru mencadangk­an pihak berkuasa menyemak semula kelayakan pinjaman. Kebanyakan rakyat tidak dapat memiliki rumah sendiri tanpa pembiayaan. Langkah dicadangka­n bagi membantu pembeli berpendapa­tan sederhana ialah: → Menyemak semula kadar faedah

→ Menilai kelayakan pinjaman berdasarka­n pendapatan kasar (bukannya pendapatan bersih)

→ Melanjutka­n tempoh pinjaman kepada 40 tahun, jika boleh

→ Langkah ini perlu dibenarkan terutama kepada mereka yang membeli rumah pertama berharga antara RM350,000-RM500,000.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia