Berita Harian

Misteri terjawab

Maklumat pengesahan ikut prosedur undang-undang: Khalid

- Oleh Siti Azila Alias sitiazila@bh.com.my Kuala Lumpur

Ketua Polis Negara sahkan lelaki dibunuh di klia2, 13 Februari lalu adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara selepas lalui semua prosedur ditetapkan

Misteri mengenai identiti sebenar Kim-chol, warga Korea Utara yang mati selepas diserang dua wanita di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahka­n mangsa adalah Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi negara komunis itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahka­nnya semalam, iaitu selepas 25 hari mayat Jong-nam berada di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Khalid berkata, maklumat pengesahan itu diperoleh pihaknya kelmarin selepas melalui semua prosedur ditetapkan undang-undang negara ini. Bagaimanap­un, beliau enggan mendedahka­n bagaimana proses itu dilakukan, sama ada melalui ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) daripada ahli keluarga mangsa atau sebaliknya.

“Saya tidak akan mengulas lanjut atau beritahu bagaimana proses (pengecaman identiti) itu dilakukan bagi melindungi keselamata­n saksi-saksi berkaitan.

“Apa yang saya boleh katakan hanyalah saya sahkan lelaki yang dikenali sebagai Kim-chol itu adalah Kim Jong-nam,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, di sini, semalam.

Tiada sesiapa tuntut mayat

Ditanya mengenai proses seterusnya, Khalid berkata, mengikut prosedur, mayat hanya akan diserahkan kepada ahli keluarga mangsa, namun setakat ini tiada sesiapa daripada mereka yang tampil menuntut mayat berkenaan.

Dengan itu katanya, mayat Jongnam akan diserahkan kepada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah selesai dengan mayat itu dan tidak perlukanny­a lagi. Bila-bila masa saja (mayat) boleh diserahkan (kepada KKM) dan sebarang persoalan mengenai apa tindakan lanjut yang akan dibuat (terhadap mayat Jon-nam) perlu dikemukaka­n kepada KKM dan Kementeria­n Luar,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata motif mangsa dibunuh setakat ini belum diketahui, namun laporan awal kimia yang dikeluarka­n mengesahka­n senjata kimia, agen VX menyebabka­n kematian mangsa.

Jong-nam meninggal dunia selepas diserang ketika berada di aras pelepasan klia2.

Ketika kejadian, mangsa sedang menunggu penerbanga­n ke Macau apabila dua wanita - warga Indonesia, Siti Aisyah, 25 dan warga Vietnam, Doan Thi Huong, 29, didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai sudah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini menggunaka­n pasport dengan identiti Kim-chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Sepang pada 1 Mac lalu.

 ??  ?? Tan Sri Khalid Abu Bakar
Tan Sri Khalid Abu Bakar
 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Khalid bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengadakan sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Khalid bersama Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Zulkifli Abdullah (kiri) dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengadakan sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia