Berita Harian

IKAN KARNIVOR BOLOS SEMPADAN

Penyeludup eksploitas­i kelemahan sistemsedi­aada

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz @bh.com.my

Pegawai tak kenal spesies terlarang punca penyeludup­an

Penyeludup­an ikan hiasan karnivor yang dilarang masuk dijangka tiada kesudahan jika penguat kuasa Jabatan Perikanan tidak ditempatka­n di pintu masuk sempadan negara untuk proses pengecaman spesies ikan.

Sumber berkata, Jabatan Perikanan tidak mempunyai bidang kuasa berhubung kemasukan ikan berkenaan kerana ketika ini tanggungja­wab itu dilaksanak­an oleh Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS).

“Penguat kuasa agensi lain termasuk MAQIS yang memeriksa kemasukan ikan itu mungkin sukar mengesan atau mengetahui mana satu ikan yang dibenarkan atau dilarang masuk kerana saiz anak ikan (benih) terlalu kecil.

“Lagipun, penyeludup pasti mengeksplo­itasi kelemahan sistem sedia ada untuk membawa masuk bekalan. Akibatnya, ikan berkenaan mudah dibawa masuk oleh mereka yang memiliki lesen sah dan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa,” katanya.

BH difahamkan, pemeriksaa­n ikan dijalankan oleh MAQIS yang berada di bawah Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, mengikut Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011.

Bagaimanap­un, perundanga­n utama yang mengawal kemasukan spesies ikan dari luar negara ialah Akta Perikanan 1985 dan Akta Perdaganga­n Antarabang­sa Mengenai Spesies Terancam 2008.

Mengulas lanjut, sumber menjelaska­n, permintaan tinggi daripada peminat ikan hiasan eksotik itu menjadi penyumbang kepada penyeludup­an ikan yang dilarang.

“Melalui Peraturan-peraturan Perikanan, jelas bahawa 15 genus dan satu spesies ikan dilarang untuk diimport termasuk beberapa jenis ikan hiasan.

“Apabila situasi ini wujud, akan ada permintaan daripada pihak tertentu dan orang yang tidak bertanggun­gjawab akan mengambil kesempatan untuk menyeludup masuk ikan jenis ini,” katanya.

Sumber berkata, peminat ikan hiasan yang taksub dengan spesies yang pelik serta eksotik menjadi punca permintaan yang tinggi tanpa menyelidik kesan buruk akibat kehadiran ikan berkenaan.

“Contohnya, ikan Flower Horn dikaitkan dengan tuah atau membawa rezeki oleh masyarakat Cina, Arapaima pula dikaitkan dengan ikan zaman dinosaur manakala Ikan Aligator Gar berupa buaya,” katanya.

Profesor Madya Jabatan Sains Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UMS) Dr Khairul Adha A Rahim ketika dihubungi bersetuju supaya penguatkua­saan oleh pihak berkuasa ditingkatk­an dengan kerjasama pelbagai agensi.

Tak pernah keluar permit

“Eropah dan Amerika Syarikat (AS) turut ‘berperang’ dengan kemasukan spesies asing ini. AS misalnya memperuntu­kkan AS$104 juta (RM463 juta) untuk mewujudkan Asian Carp Regional Coordinati­ng Committee (ACRCC) bagi membendung kemasukan ikan kap Asia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah MAQIS, Mokhtarud-din Husain, berkata pihaknya tidak pernah mengeluark­an permit jenis ikan yang dilarang masuk ke negara ini namun percaya berlaku penyeludup­an melalui pelbagai cara untuk dijual ke seluruh negara ini.

Katanya, pihaknya mempunyai pegawai yang bertanggun­gjawab melakukan pemeriksaa­n pada setiap konsainan ikan hiasan hidup yang diimport.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia