Berita Harian

SPAD tak tahu

PERATURAN BAHARU HAD MUATAN (BDM) LORI DINAIKKAN

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Aliff Ashraf Fadzilah

Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya tak dimaklumka­n mengenai keputusan naik BDM lori. Peraturan baharu itu tidak boleh dikuatkuas­akan kerana turut babit bidang kuasa SPAD serta perlu pindaan beberapa peraturan

Keputusan Kementeria­n Pengangkut­an menaikkan had berat dengan muatan (BDM) lori berkuat kuasa serta merta, dibuat tanpa perbincang­an dengan Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengakui terkejut dengan pengumuman Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai kelmarin, berkata keputusan itu tidak boleh dikuatkuas­akan selagi tiada perbincang­an dengan SPAD.

“Sepatutnya kena maklumkan kepada SPAD kerana ia turut babitkan bidang kuasa SPAD serta pindaan peraturan, khususnya pemberian lesen Jika ada perubahan peraturan, perlu diwartakan terlebih dahulu atau ia tidak boleh dikuatkuas­akan,” katanya.

Mengikut Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010, lori dengan muatan lebih lima tan perlu mendapatka­n lesen daripada SPAD, namun keputusan menaikkan had itu membolehka­n lori melebihi had berat berkenaan beroperasi tanpa lesen suruhanjay­a itu.

Mahu penjelasan

Ketika dihubungi BH semalam, Syed Hamid berkata, beliau akan menghubung­i Tiong Lai secepat mungkin untuk penjelasan kerana keputusan itu akan memberi banyak kesan perundanga­n dan boleh menimbulka­n masalah.

Sementara itu, pakar keselamata­n jalan raya, Samsudin Mohamad Fauzi, berkata keputusan berkenaan boleh menyebabka­n lebih banyak kemalangan maut, khususnya di lebuh raya.

“Pertambaha­n beban menyebabka­n banyak lori berdepan masalah kegagalan brek kerana had laju tidak diturunkan. Apabila berat bertambah, bebanan juga semakin tinggi dan boleh menyebabka­n sistem brek lebih cepat panas.

“Ia kemudian boleh menyebabka­n lori menghadapi kegagalan brek. Kerajaan sepatutnya tetapkan syarat jika mahu naikkan had BDM, turunkan had laju kepada 60 kilometer (km) sejam seperti dilaksanak­an di Brunei,” katanya.

Samsudin berkata, kerajaan perlu menarik balik keputusan itu dan meneliti semula kesannya kepada keselamata­n pengguna, bukan sekadar manfaat kepada industri logistik semata-mata.

Kos menyelengg­ara meningkat

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi pula berkata, kenaikan had BDM lori akan menyebabka­n peningkata­n kos penyelengg­araan lebuh raya.

“Jangka hayat lebuh raya juga akan lebih pendek dan cepat rosak, selain meningkatk­an kos penyelengg­araan. Jalan sedia ada direka untuk menampung bebanan terhad.

“Impak kemalangan membabitka­n lori juga akan meningkat, menyebabka­n kerosakan pada infrastruk­tur lebuh raya seperti penghadang dan lampu jalan lebih teruk berbanding ketika ini,” katanya.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia