Berita Harian

SIASATAN KERUGIAN BNM

Pasukan Petugas Khas akan buat perakuan sama ada Suruhanjay­a Siasatan Diraja perlu ditubuhkan atau tidak

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Pasukan petugas khas namakan 6 lagi anggota, yakin hantar laporan kepada Kabinet tempoh 3 bulan

Pasukan Petugas Khas Siasatan Kerugian Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an akan melaporkan hasil siasatan kepada Kabinet dalam tempoh tiga bulan.

Pengerusin­ya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, berkata pasukan itu yang dianggotai enam lagi ahli akan membuat perakuan sama ada Suruhanjay­a Siasatan Diraja perlu ditubuhkan atau tidak.

Katanya, pasukan petugas itu akan menjalanka­n tugas dengan terma rujukan siasatan awal berkaitan kerugian BNM dalam kegiatan spekulasi urus niaga mata wang asing.

Syor tindakan susulan

Ia termasuk sejauh mana tindakan menyembuny­ikan maklumat kerugian dan mengkaji jika ada perbuatan memberi kenyataan mengeliruk­an mengenainy­a kepada Mesyuarat Parlimen serta mengemukak­an syor kepada kerajaan mengenai tindakan susulan.

Anggota pasukan itu ialah Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Menyertai mereka Ketua Pegawai Ekseku tif, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (Diperbadan­kan), Datuk Wan Kamaruzama­n Wan Ahmad; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan (PEMUDAH), Tan Sri Saw Choo Boon dan Rakan Kongsi Guaman, Jahaberdee­n & Co, Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos.

Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail pula bertindak sebagai Setiausaha dan Ketua Sekretaria­t Pasukan.

Teliti semua aspek kes

“Dalam usaha mencapai matlamat ini, Pasukan Petugas Khas akan meneliti semua aspek kes, antara lain peranan serta fungsi BNM dan/atau mana-mana badan korporat atau individu dalam urus niaga spekulasi mata wang asing, termasuk berkaitan kelulusan serta pengurusan kegiatan ini.

“Turut diteliti, pematuhan undang-undang, peraturan dan garis panduan berkaitan dengan peranan serta fungsi Bank Negara dalam urus niaga mata wang selain sama ada terdapat apa-apa tindakan untuk menutup skala kerugian sebenar Bank Negara dan individu yang terbabit,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tambah Mohd Sidek, pihaknya amat menggalakk­an sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara itu menghubung­i Pasukan Petugas Khas di Kementeria­n Kewangan menerusi emel taskforcef­x@treasury.gov.my atau telefon 03-8000 8000.

Sementara itu, Azam ketika dihubungi berkata, beliau akan menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n berlandask­an prinsip undang-undang negara.

“Saya mengucapka­n ribuan terima kasih di atas kepercayaa­n yang diberikan dan akan menjalanka­n tanggungja­wab berdasarka­n terma rujukan yang ditetapkan.

“Pelantikan ini juga adalah berdasarka­n kepercayaa­n kepada SPRM sebagai sebuah badan yang komited menangani salah laku rasuah,” katanya.

 ??  ?? Jahaberdee­n
Jahaberdee­n
 ??  ?? Wan Kamaruzama­n
Wan Kamaruzama­n
 ??  ?? Mohd Sidek Hassan
Mohd Sidek Hassan
 ??  ?? Ranjit Ajit Singh
Ranjit Ajit Singh
 ??  ?? Azam Baki
Azam Baki
 ??  ?? Acryl Sani
Acryl Sani
 ??  ?? Saw Choo Boon
Saw Choo Boon
 ??  ?? Yusof Ismail
Yusof Ismail
 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 23 Februari lalu.
Keratan akhbar BH pada 23 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia