Berita Harian

4 pelajar hasil makanan campuran kurma, oat

-

Kuantan: Empat pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), di sini, menghasilk­an kepingan campuran kurma dan oat sebagai makanan penambah tenaga segera selepas melakukan penyelidik­an selama lima bulan.

Produk berbentuk empat segi nipis yang boleh dimakan dengan roti keping sesuai untuk mereka yang mementingk­an kesihatan, selain menggalakk­an orang ramai makan kurma, terutama kanakkanak.

Ia dihasilkan empat pelajar semester empat Jabatan Teknologi Makanan (JTM) iaitu Nurul Ikmaliah Hakimah Ismazi, Nur Syahirah Ab Sharif, Balqis Husna Bakri dan Munira Mohd Maasom, di bawah kendalian Penyelia projek, Anuar Ismail.

Anuar berkata, idea menghasilk­an kepingan campuran kurma dan oat tercetus selepas memikirkan terlalu kurangnya produk berasaskan kurma kecuali hanya terdapat jus di pasaran.

Kurma perlu direbus

Katanya, kepingan campuran kurma dan oat itu dihasilkan dengan merebus kurma yang sudah dibuang bijinya kemudian dikisar kurma bersama air rebusan dan direbus semula menggunaka­n kaedah double boil sebelum dibiarkan sejuk dan dicampur dengan oat.

“Antara kelebihan produk makanan tambahan tenaga ini ialah ia berkhasiat dan mudah dimakan di mana-mana sahaja. Kurma mengandung­i gula yang mudah diserap oleh badan dan memberi tenaga segera untuk menjalanka­n aktiviti harian,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan yang disempurna­kan Pengarah POLISAS Norlida Abd Razak di sini, semalam.

Anuar berkata, POLISAS bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Pahang dan agensi berkenaan akan memilih produk sesuai untuk dikomersia­lkan oleh usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah bimbingann­ya.

“Saya berharap produk kepingan campuran kurma dan oat serta beberapa produk makanan yang dihasilkan pelajar Jabatan Teknologi Makanan POLISAS ini dapat dikomersia­lkan suatu hari nanti," katanya.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Pelajar POLISAS menunjukka­n kepingan campuran kurma dan oat yang dihasilkan mereka.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Pelajar POLISAS menunjukka­n kepingan campuran kurma dan oat yang dihasilkan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia