Berita Harian

50 pekerja Korea Utara di Sarawak dihantar pulang

Ditahan sementara selepas permit kerja tamat tempoh

- Oleh Rohaniza Idris, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad

Kerajaan memutuskan menghantar pulang 50 rakyat Korea Utara kerana permit kerja mereka sudah tamat tempoh, manakala yang masih ada permit kerja sah boleh kekal bekerja di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, semua 50 pekerja itu kini ditahan di depoh tahanan sementara di Sarawak selepas pendakwaan dilakukan terhadap mereka kerana berada di negara ini walaupun sudah tamat permit kerja.

Katanya, semua mereka akan dihantar pulang sebaik sahaja proses dokumentas­i selesai dilakukan.

Beliau berkata, keputusan menghantar pulang mereka yang sebelum ini ditahan Jabatan Imigresen di Sarawak, sudah pun dimaklumka­n kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg.

Akta berbeza

“Oleh sebab Akta Imigresen di Sarawak berbeza dengan Akta Imigresen sedia ada, maka perbincang­an sudah diadakan dengan Ketua Menteri Sarawak.

“Keputusan mengenai (pemberitah­uan penghantar­an pulang) mereka akan disampaika­n secara rasmi kepada beliau hari ini (semalam),” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Ketika ini ada 315 rakyat Korea Utara di Malaysia.

Ahmad Zahid berkata, tindakan pendakwaan dan penghantar­an pulang yang diputuskan kerajaan, dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang Akta Imigresen 1959/63.

Minggu lalu, Jabatan Imigresen Sarawak menahan kira-kira 140 rakyat Korea Utara kerana permit kerja mereka sudah tamat tempoh dan menunggu arahan Putrajaya sama ada dihantar pulang atau tidak.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Zahid berkata, proses pengawetan perlu dilakukan terhadap mayat Kim Jong-nam kerana dikhuatiri reput selepas sebulan abang pemimpin Korea Utara itu disahkan meninggal dunia.

“ltu adalah satu usaha pengawetan kerana jika mayat itu disimpan, dikhuatiri terurai... jadi dalam keadaan ini, (menjadi keperluan) untuk awet mayat berkenaan,” katanya.

Oleh sebab Akta Imigresen di Sarawak berbeza dengan Akta Imigresen sedia ada, maka perbincang­an sudah diadakan dengan Ketua Menteri Sarawak. Keputusan mengenai (pemberitah­uan penghantar­an pulang) mereka akan disampaika­n secara rasmi kepada beliau hari ini (semalam” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia