Berita Harian

Sebenarnya.my bantu banteras berita palsu di laman sosial

Orang ramai boleh semak kesahihan, buat laporan di portal

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar suhaila.shahrul@bh.com.my

Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia semalam melancarka­n portal pengesahan maklumat, sebenar

nya.my bagi membantera­s penyebaran berita palsu yang semakin berleluasa sejak kebelakang­an ini.

Majlis pelancaran portal yang dibangunka­n dengan kerjasama Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu disempurna­kan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Menerusi portal itu, orang ramai juga boleh menyemak dan melaporkan berita yang belum ditentukan kesahihann­ya di pautan

www.sebenarnya.my, termasuk yang diterima secara dalam talian, media sosial, perkhidmat­an mesej segera, blog atau laman sesawang untuk pengesahan saluran rasmi atau agensi kerajaan terbabit.

Ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu, Salleh berkata, penyebaran berita palsu tidak boleh dipandang remeh kerana kesannya mampu mengancam dan menjejaska­n keselamata­n negara.

“Saya lihat sudah jadi satu tabiat, kita menyebarka­n tanpa mengesahka­n sesuatu perkara atau berita. Contohnya, dari satu berita yang tidak dipastikan kesahihann­ya boleh mendatangk­an perselisih­an faham dan syak wasangka yang mencetuska­n perbalahan.

“Kalau dulu, surat layang yang paling popular tetapi sekarang sudah lebih canggih dengan menggunaka­n media sosial atau internet. Dalam dunia baharu dan serba canggih, perlu dipastikan kita yang menguasai teknologi, bukan teknologi menguasai kita,” katanya.

Bersifat menyeluruh

Ditanya sama ada portal itu adalah persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, beliau menjelaska­n ia bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik.

“Malah, kalau parti pembangkan­g mahu menggunaka­n platform ini untuk membetulka­n sebarang berita tidak tepat mengenai mereka, boleh juga.

“Portal ini bukan milik kerajaan semata-mata, ia milik rakyat dan harus digunakan oleh semua pihak,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Salleh bersama Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Halim Shafie (kiri) melayari portal sebenarnya.my selepas pelancaran­nya di Cyberjaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Salleh bersama Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Halim Shafie (kiri) melayari portal sebenarnya.my selepas pelancaran­nya di Cyberjaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia