Berita Harian

Jawatankua­sa khas siasat dakwaan gajah kena dera

-

Langkawi: Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan seekor gajah jantan didera untuk tujuan aktiviti pelanconga­n di pulau ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata beliau sudah menubuhkan satu jawatankua­sa khas untuk mengendali­kan siasatan berhubung nasib gajah berusia 36 tahun itu.

“Kita dah tubuh jawatankua­sa khas diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Dr Azimuddin Bahari dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Abdul Kadir Abu Hashim.

Hasil siasatan akan dinilai

“Jawatankua­sa ini bertanggun­gjawab menyiasat dan menyediaka­n laporan berhubung aduan dibuat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mengenainy­a. Hasil siasatan akan dinilai, sebelum keputusan terbaik diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan singkat meninjau operasi Langkawi Elephant Adventure (LEA) di Oriental Village di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Langkawi, Isahak Murat dan Pengarah LEA, Jason Loh.

Julai tahun lalu, NGO tempatan, Friends of Orangutans (FOTO) mendedahka­n nasib gajah jantan bernama Lasah yang digunakan untuk tujuan pelanconga­n, dirantai untuk tempoh lama, didera dan eksploitas­i.

Wan Junaidi berkata, NGO itu pernah berjumpa dengannya dan menyerahka­n petisyen meminta Lasah dipindahka­n ke Pusat Perlindung­an Gajah Kuala Gandah di Pahang.

“PERHILITAN sudah mengemukak­an laporan kepada kementeria­n menyatakan LEA menjalanka­n operasi berdasarka­n garis panduan ditetapkan jabatan itu,” katanya.

 ?? [FOTO HAMZAH OSMAN/BH] ?? Wan Junaidi (kanan) meninjau keadaan Lasah di Oriental Village, Langkawi, semalam.
[FOTO HAMZAH OSMAN/BH] Wan Junaidi (kanan) meninjau keadaan Lasah di Oriental Village, Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia