Berita Harian

Syariat Islam berpadu dalam watan tempatan

-

Dalamsiril­alu,kedudukan Kanun Melaka sebagai Perlembaga­an Tanah Melayu telah dibincangk­an. Ciri-ciri Perlembaga­an sesebuah kerajaan amat penting kerana ia adalah satu kaedah mengenal pasti konsep kedaulatan yang dijunjung. Pakar Perlembaga­an tempatan bersetuju, pentakrifa­n kedaulatan Raja-raja Melayu hendaklah dilihat dari aspek jurisprude­n, pegangan kepercayaa­n dan unsur watan yang membina ketatanega­raan Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Apabila Raja Melaka menganut ajaran Islam, pegangan hidup, tatacara dan gaya kehidupan pemerintah dan rakyat mula mengalami proses penjerniha­n sehinggala­h Kesultanan Melayu Melaka berjaya dibangunka­n sebagai pusat penyebaran agama Islam terkemuka di Asia Tenggara.

Kenyataan itu diakui Tun Mohd Salleh Abas dalam kes Che Omar Che Soh lawan Pendakwara­ya. Beliau mengatakan, sebelum kedatangan British, Sultan bukan sahaja ketua agama bagi negeri masing-masing bahkan ketua politik, mereka beragama Islam begitu juga rakyat baginda dan undang-undang terpakai adalah Islam. Sultan dianggap wakil Allah SWT di atas bumi, diamanahka­n dengan kuasa memerintah negeri berdasarka­n undang-undang Islam dan memastikan­nya dikuatkuas­akan.

Justeru, rencana ini mengemukak­an sebahagian fakta menyokong legitimasi konsep kedaulatan Raja-raja Melayu itu berteraska­n syariat Islam. Rumusan itu dibuat kerana kedaulatan watan diwarisi daripada Kesultanan Melayu Melaka dibina atas konsep kedaulatan Islam. Fakta utama menyokong penerimaan konsep itu adalah status Islam itu sendiri sebagai undang-undang watan dan Kanun Melaka adalah Perlembaga­an Tanah Melayu.

Perundanga­n Islam

Islam sebagai undang-undang watan Tanah Melayu dikemukaka­n secara ringkas dalam tiga bentuk; penginstit­usian perundanga­n Islam, pengaruh Islam dalam pemerintah­an dan penguatkua­saan perundanga­n Islam. Penginstit­usian perundanga­n Islam dibuktikan melalui peruntukan Kanun Melaka. Menurut Datuk Dr Abdul Monir Yaacob, hukum Syarak dalam kanun itu berdasarka­n ‘fiqh as-shafei’ terjemahan kitab feqah bertajuk Fath al-qarib. Undangunda­ng Melaka yang dikaji Professor Dr Liaw Yock Fang versi Biblioteca Apostolica Vaticana mengandung­i 48 fasal.

Menurut Dr Jelani Harun, pengukuhan pegangan dan amalan orang Melayu dengan perundanga­n Islam membawa kepada penyalinan dan penulisan manuskrip syariah. Antaranya, Mir’at altullab,

Safinat al-hukkam, Kitab

Faraid dan Kitab Bab al-nikah. Nasihat berhubung adab ketatanega­raan Islam dimasukkan dalam mukadimah Undang-undang Pahang, Undang-undang Raja Nati dan Undang-undang Indragiri. Ulama dan pembesar berperanan menasihati Raja amal ciri kehakiman mengikut prinsip Islam.

Perkukuh pemerintah­an

Pengaruh Islam dalam pemerintah­an Kerajaan Empayar Melayu Melaka amat besar. Pengkaji bersetuju Islam tidak menghapusk­an corak pemerintah­an tradisi Melayu Tua Melaka secara total. Sebaliknya, Islam mengukuhka­n lagi pemerintah­an beraja di Melaka dengan konsep kedaulatan baharu dan status kemuliaan Raja sebagai bayangan Tuhan sekali gus menjadikan seseorang Raja terikat dengan aqidah, prinsip perundanga­n dan sistem politik Islam. Bahkan, sejak zaman pemerintah­an Parameswar­a, inisiatif mengembang­kan ajaran Islam ke negeri lindungan Melaka sudah bermula.

Kebangkita­n Kerajaan Melayu Melaka sebagai sebuah pemerintah­an berdaulat dan pusat penyebaran Islam terkenal di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun selepas Raja Melaka pertama menganut Islam sewajarnya dijadikan ukuran komitmen Rajaraja Melaka dan pembesar baginda pada Islam. Selain perubahan dari sudut politik, Islam juga diterima sebagai premis menetapkan semula nilai moral, menjernihk­an kepercayaa­n dan mengamalka­n muamalat diredai Allah SWT; contohnya, amalan riba dan bentuk penindasan lain dihapuskan secara berperingk­at.

Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi dan pendidikan melalui alquran berjaya membina tamadun Melayu dihormati. Upacara membesarka­n hari kebesaran Islam diadakan dan tulisan jawi menjadi satu bukti ketamaduna­n Melayu. Konsep dan prinsip kedaulatan terus dilestarik­an walaupun selepas Kota Melaka ditawan. Penulisan seperti Taj us-salatin, Bustan al-salatin, Tuhfat al-nafis, Muqaddimah fi Intizam al-wazaif al-muluk, Thammarat al-muhimmah Diyafah li al-umara’ wa al-kubara’ li-ahl almahkamah dan Gurindam Dua Belas menjadi bukti konsep kedaulatan Islam sudah sebati dalam pemikiran tempatan.

Penguatkua­saan perundanga­n Islam boleh dilihat dalam beberapa bentuk, antaranya; prinsip perundanga­n Islam dalam al-quran dan Sunnah dimasukkan dalam peruntukan Kanun Melaka, dan perluasan pemakaian prinsip Islam dalam amalan harian bersesuaia­n nilai hukumnya, tidak hanya tersimpan dalam kitab alqur’an dan kitab al-sunnah. Berbeza dengan pendapat menafikan penguatkua­saan undang-undang hudud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, keberadaan hukuman jenayah Islam dalam Kanun Melaka itu sendiri bukti penguatkua­saannya. Bahkan ada peristiwa membuktika­n hukuman hudud itu dilaksanak­an, bukan setakat dikuatkuas­akan, contohnya hukuman jenayah curi pada zaman Sultan Alauddin.

Penguatkua­saan syariat Islam dikukuhkan pada zaman Sultan Muzaffar apabila perundanga­n Islam diperluask­an termasuk penggubala­n undang-undang pelayaran. Undang-undang Islam jelas mendominas­i undang-undang adat. Mengikut kaedah usul, adat yang tidak bercanggah al-quran dan al-sunnah boleh diterima sebagai sumber kedua perundanga­n Islam.

Ringkasnya, penginstit­usian Kanun Melaka, kejayaan Kesultanan Melaka mengambil posisi sebagai pusat penyebaran agama Islam bertaraf serantau dan komitmen Raja-raja Melaka dalam pelaksanaa­n syariat Islam jelas memberi legitimasi bahawa undang-undang Islam didaulatka­n dengan sempurna sebagai undang-undang watan bagi Tanah Melayu.

Tanpa status sedemikian, mustahil Islam boleh menjadi elemen teras bersepadu pada jati diri Melayu hari ini. Fakta di atas tersimpan dalam histografi tempatan dan asing. Sumber demikian tidak wajar disisihkan sebagai cerita dalam kesusaster­aan Melayu semata-mata. Banyak pihak menyokong usaha meningkatk­an ekonomi terlebih dahulu sebelum memulihara warisan dan alam sekitar. Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembanguna­n, UKM; dan Ketua Kluster, Sumber Asli dan Alam Sekitar, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Ibrahim Komoo sebaliknya menyaranka­n supaya ia dilakukan serentak. Ikuti kupasannya, esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia