Berita Harian

JAWI tak lantik individu urus parkir di kubur Bukit Kiara

Notis sudah ditampal pada pintu masuk larangan meletak kenderaan di kawasan berkenaan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar dan Nur Afiradina Arshad

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) sudah mengambil tindakan berhubung penyalahgu­naan tempat letak kereta di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini yang dijadikan tempat letak kereta berbayar.

Tinjauan BH, semalam mendapati satu notis dipasang pada pintu pagar utama ke tanah perkuburan itu melarang kenderaan luar masuk, sebaliknya tempat letak kereta di situ hanya dikhaskan untuk pelawat, atas arahan Pengarah JAWI.

“Tempat letak kenderaan ini hanya dikhaskan kepada pelawat Raudhatul Sakinah Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1 sahaja.

“Jabatan tidak melantik manamana syarikat atau individu untuk mengurus atau mengutip bayaran bagi urusan tersebut.

“Tindakan penguatkua­saan akan diambil kepada mana-mana individu yang meletakkan kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n,” kata notis berkenaan.

Tindakan itu susulan aduan diterima JAWI daripada orang awam yang tidak berpuashat­i apabila ruang tempat letak kereta yang sepatutnya untuk kemudahan pelawat atau orang ramai menghadiri pengebumia­n dipenuhi kenderaan luar.

Masih ada pemilik degil

Sementara itu, sumber memberitah­u notis pemberitah­uan itu sudah ditampal oleh pihak JAWI sejak awal bulan ini.

“Pihak JAWI akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa agar perkara itu tidak berulang selain bekerjasam­a dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada pemilik kenderaan yang masih berdegil,” kata sumber.

Menurutnya lagi, kawasan tanah perkuburan itu tetap dibuka kepada orang awam yang mempunyai urusan di situ, sebagai contoh untuk menziarah kubur atau menghadiri upacara pengebumia­n.

Tinjauan BH ke tanah perkuburan itu, semalam mendapati ruang tempat letak kereta di situ lengang dan terdapat tidak sampai 10 buah kenderaan di situ, dipercayai milik kakitangan dan keluarga yang datang menziarahi kubur.

Bagaimanap­un, terdapat deretan kenderaan diletakkan di tepi jalan di laluan masuk ke tanah perkuburan berkenaan menyebabka­n laluan itu menjadi sedikit sempit.

Sumber lain ketika ditemui memberitah­u, tanah perkuburan itu mudah diakses orang ramai maka banyak kenderaan keluar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n masuk tanpa dikawal selia.

“Ini menyebabka­n ada pihak mengambil kesempatan meletak kenderaan untuk ke bangunan pejabat dan pusat beli belah berhampira­n kerana percuma.

“Susulan itu, ada waris mencadangk­an penyelia tanah perkuburan mengenakan bayaran kepada orang ramai yang meletak kenderaan di situ supaya mereka tidak sewenang-wenangnya meletakkan kenderaan di situ.

“Bayaran mula dikenakan awal tahun lalu dengan kadar RM3 sehari dan pemilik kenderaan tidak kisah membayar jumlah itu kerana ia masih rendah berbanding kadar bayaran di tempat lain,” katanya.

Kutipan dihenti

Ketika ditanya kutipan wang bayaran itu digunakan untuk apa, sumber mendakwa wang berkenaan digunakan untuk membeli peralatan membersih dan penjagaan estetika kawasan perkuburan itu.

Namun katanya, kutipan bayaran itu dihentikan beberapa bulan kemudian selepas mendapat bantahan daripada jawatankua­sa pentadbira­n tanah perkuburan.

“Setiap hari terdapat lebih 20 kenderaan diletakkan di situ menyebabka­n kawasan tempat letak kereta terbabit dipenuhi kenderaan luar sehingga menyulitka­n pelawat serta menyukarka­n waris keluarga yang menghadiri upacara pengebumia­n,” katanya.

Tindakan penguatkua­saan akan diambil kepada mana-mana individu yang meletakkan kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n”

 ??  ?? Notis larangan meletak kenderaan ditampal di pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara oleh JAWI.
Notis larangan meletak kenderaan ditampal di pintu pagar Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara oleh JAWI.
 ??  ?? Kenderaan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Kenderaan yang diletakkan di hadapan pintu masuk Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia