Berita Harian

Fiesta Muslimah BH cipta kelainan

Konsep ‘pasar lokal’ sedia 100 bazar di bawah satu bumbung sempena ulang tahun BH ke-60

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH 17) kembali lagi untuk tahun ketiga dengan mencipta kelainan bagi menyuntik kemeriahan menerusi konsep ‘pasar lokal’ yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun ini.

Lebih 100 bazar jualan pelbagai fesyen Muslimah, aksesori, produk kosmetik dan kecantikan di bawah satu bumbung menyertain­ya dengan aktiviti lebih santai serta meriah seiring sambutan ulang tahun BH ke-60.

Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali, berkata FMBH 17 adalah kesinambun­gan karnival belibelah sebelum ini bertujuan mendekatka­n BH dengan pembaca.

Katanya, penganjura­n ini tepat pada masanya iaitu diadakan pada minggu pertama Ramadan, sekali gus memberi peluang orang ramai membeli keperluan dan membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Selain jualan bazar, acara itu turut memuatkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjuka­n fesyen, persembaha­n nyanyian artis terkenal, cabutan bertuah dan jualan happy hour.

Selebriti buka gerai jualan

“Sambil membeli-belah, pengunjung juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti yang turut membuka gerai jualan produk masing-masing,” katanya di sini, semalam

FMBH kali pertama diadakan di Zebra Square Kuala Lumpur pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung, manakala kali kedua pula di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015) yang dikunjungi lebih 25,000 orang.

Beliau berkata, penganjura­n FM- BH sebelum ini berjaya membuka ruang kepada usahawan untuk memperkena­l, mempromosi dan mengukuhka­n produk Muslimah pada peringkat tempatan, malah melangkaui pasaran global yang jauh lebih besar untuk pempamer.

Pengunjung antarabang­sa intai peluang

Katanya, ia turut dikunjungi pengunjung antarabang­sa yang turut mengintai peluang untuk memasarkan produk fesyen Muslimah di negara masing-masing termasuk dari Mesir, Singapura dan Brunei.

Justeru, bagi merancakka­n FMBH 17, orang ramai dialu-alukan menyertai bazar jualan ini yang pendaftara­nnya sudah mula dibuka sekarang untuk tempahan.

Mereka yang berminat dan ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai bazar jualan boleh menghubung­i Hani Shamsudin di talian 014-6639447 atau e-mel shueellisc­omm@gmail.com

FMBH 17 adalah kesinambun­gan karnival belibelah sebelum ini bertujuan mendekatka­n BH dengan pembaca” Mahfar Ali, Pengarang Kumpulan BH

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Kemeriahan penganjura­n Fiesta Muslimah BH di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 2014.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Kemeriahan penganjura­n Fiesta Muslimah BH di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia