Berita Harian

Hapus stigma jenayah seksual adalah tabu

7 kumpulan teras digesa bekerjasam­a tangani isu

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof dan Mahani Ishak bhnita@bh.com.my

Tujuh kumpulan teras perlu berperanan penting dan berganding bahu bagi menangani jenayah seksual yang menyasarka­n mangsa daripada kalangan kanak-kanak.

Ia membabitka­n ibu bapa, pendidik, kumpulan profesiona­l penyiasata­n, agensi kerajaan, agensi yang bertanggun­gjawab lain, talian bantuan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata pihak terbabit perlu membantera­s kelicikan penjenayah yang memberi ancaman dan semakin canggih mencari mangsa.

“Isu ini dipandang serius kerana jenayah dilakukan secara sengaja, dirancang dan berulang. Ia bukan hanya di Malaysia tetapi juga negara lain, malah pengalaman Australia menunjukka­n jenayah ini turut dilakukan remaja dan kanakkanak,” katanya.

Jangan segan buat laporan

Beliau juga menasihatk­an ibu bapa agar tidak sesekali segan membuat laporan kepada pihak berkuasa jika anak mereka menjadi mangsa jenayah seksual.

“Stigma jenayah seksual adalah tabu perlu dihapuskan supaya kanak-kanak tidak takut untuk memberitah­u pencabulan ke atas diri mereka. Anakanak juga perlu diperkasak­an supaya mereka bertanggun­gjawab ke atas diri sendiri dan saling melindungi rakan sebaya.

“Mereka juga perlu diberitahu mengenai jenayah ini,” kata isteri Perdana Menteri ketika berucap merasmikan majlis penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan!! anjuran PERMATA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Seminar dua hari itu antara lain turut merumuskan agar talian bantuan khusus bermodelka­n talian Stop It Now! Helpline UK diwujudkan bagi membantu mangsa dan untuk ibu bapa, penjaga dan masyarakat yang khuatir mengenai jenayah terbabit.

Rosmah berkata, kebanyakan kes jenayah seksual termasuk rogol, sumbang mahram dan seks di luar tabii dari 2014 hingga 2016 membabitka­n mangsa berumur 18 tahun ke bawah.

Katanya, kira-kira 89 peratus kes membabitka­n pelaku yang dikenali dan dipercayai mangsa seperti ahli dan kenalan keluarga, kawan, jiran serta orang dewasa di sekolah dan asrama.

Beliau turut menyaranka­n seminar sama diperluask­an ke peringkat akar umbi di semua negeri dengan pembabitan isteri menteri besar dan wakil rakyat untuk mendidik dan meningkatk­an kesedaran masyarakat.

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Rosmah bersama peserta pada majlis penutupan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan! di PWTC, Kuala Lumpur semalam.
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Rosmah bersama peserta pada majlis penutupan Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak: Hentikan! di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia