Berita Harian

Malaysia di landasan tepat pertahan hak asasi manusia

Badan Kehakiman ASEAN perlu bekerjasam­a capai keseragama­n

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Malaysia berada di landasan tepat dalam usaha mempertaha­nkan hak asasi manusia berlandask­an prinsip undang-undang.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, berkata objektif itu dapat dicapai dengan penubuhan Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia melalui penggubala­n Akta Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia 1999.

Katanya, akta itu menggarisk­an kuasa dan fungsi suruhanjay­a bagi perlindung­an dan memberikan kesedaran mengenai hak asasi manusia dan perkara berkaitan.

“Antara fungsi dan kuasa suruhanjay­a adalah memberikan kesedaran dan pendidikan mengenai hak asasi manusia dan menasihat serta membantu kerajaan merangka undang-undang, perintah pentadbira­n dan prosedur serta mengesyork­an langkah yang perlu diambil.

Siasat aduan

“Suruhanjay­a juga berperanan menyiasat aduan berhubung pelanggara­n hak asasi manusia,” katanya pada sesi Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsia­n Amalan Baik Berkenaan Undang-undang Antarabang­sa Hak Asasi Manusia di sini.

Kolokium tiga hari bermula kelmarin dianjurkan bersama Suruhanjay­a Antara Kerajaan mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) Malaysia, AICHR Laos, Kementeria­n Luar Laos serta AICHR Thailand, Kementeria­n Luar Thailand, dengan kerjasama Badan Kehakiman Malaysia, Suruhanjay­a Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) dan pelbagai rakan penganjur antarabang­sa.

Perbincang­an panel dan sesi kumpulan kerja diadakan sepanjang Hakim Besar Malaya program itu, antara lain membincang­kan peranan badan kehakiman dalam menggalak dan mempertaha­n hak asasi manusia serta akses berkesan kepada keadilan dalam konteks Pembanguna­n Matlamat Lestari 16.

Zulkefli berkata, Badan Kehakiman negara ASEAN perlu mempunyai peruntukan undang-undang, permohonan semakan kehakiman dan writ penahanan salah bagi membolehka­n rakyat mencabar sebarang bentuk penyalahgu­naan atau pelanggara­n hak asasi manusia.

Prosedur tangani isu

“Berhubung prosiding mengenai pelanggara­n hak asasi manusia di mahkamah, ia adalah aspek yang Badan Kehakiman ASEAN boleh bekerjasam­a dalam mencapai keseragama­n bagi menangani isu itu.

“Pelanggara­n hak asasi manusia kebiasaann­ya ditujukan kepada individu, organisasi kerajaan dan agensi penguat kuasa. Oleh itu, perlu ada cara untuk mewujudkan prosedur bagi menangani pelanggara­n itu.

“Kehakiman dan mahkamah perlu diberi kuasa untuk menangani apa saja kesalahan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia