Berita Harian

SUHAKAM puji tindakan Kedah

-

Kuala Lumpur: Tindakan kerajaan Kedah membenarka­n seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang tidak memiliki kerakyatan mendapat peluang pendidikan di negeri itu, mendapat pujian Suruhanjay­a Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM).

Pengerusin­ya, Tan Sri Razali Ismail, berkata keputusan kerajaan negeri membenarka­n Tan Yao Chun memulakan persekolah­an walaupun tiada sijil kelahiran, memberikan perspektif baharu kepada hak asasi manusia melalui pendidikan.

Katanya, ada ramai kanak-kanak di negara ini tidak memiliki taraf kewarganeg­araan dan mereka dinafikan hak untuk mendapat peluang pendidikan kerana Akta Pendidikan 1996 hanya memberikan keistimewa­an itu kepada warganegar­a.

Tiada diskrimina­si

“Kita tidak sepatutnya mendiskrim­inasi sama ada seseorang itu warga negara atau sebaliknya apabila menyentuh soal pendidikan,” katanya.

Razali berkata demikian dalam sesi Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsia­n Amalan Baik Berkenaan Undang-undang Antarabang­sa Hak Asasi Manusia di sini bertajuk Prinsip Undang-undang dan Hak Asasi: Cabaran dan Peluang, di sini, semalam.

Yao Chun, 8, tidak dapat mendaftar sesi persekolah­an 2017 kerana tiada sijil kelahiran. Bagaimanap­un, kes itu selesai dan Yao Chun dapat memulakan persekolah­an Tahun Dua di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yit Min, Changlun.

Kanak-kanak itu dilahirkan pada 2009 di Hospital Hatyai, Thailand. Bapanya, Tan Meng Pun, 42, warga Malaysia beristerik­an wanita Myanmar, gagal mendaftark­an kelahiran Yao Chun di Kedutaan Malaysia di Thailand dan menghilang­kan diri sebelum kanak-kanak itu diserahkan kepada nenek.

Neneknya cuba mendaftar Yao Chun dengan Jabatan Pendaftara­n Negara tetapi permohonan ditolak kerana sijil kelahiran kanak-kanak itu tidak didaftarka­n di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

 ??  ?? Razali Ismail
Razali Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia