Berita Harian

Tugas bersama kekang jenayah seksual kanak-kanak

-

Kuala Lumpur: Masyarakat tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan meletakkan tanggungja­wab sepenuhnya kepada kerajaan untuk mengekang jenayah seksual kanak-kanak.

Pengerusi Suruhanjay­a Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail, berkata peranan kerajaan dan usaha memberikan kesedaran serta menggubal undangunda­ng bagi membawa pelaku jenayah ke muka pengadilan tidak sepatutnya terhenti di situ tanpa penyertaan masyarakat.

Katanya, mana-mana pihak tidak boleh menafikan atau menyembuny­ikan realiti bahawa kes jenayah seksual kanak-kanak sememangny­a wujud dalam kalangan masyarakat.

“Bagaimanap­un, ada masyarakat menidakkan wujudnya perilaku jenayah seksual kanak-kanak berikutan rasa bimbang atau malu.

Peranan kerajaan gubal undang-undang

“Jenayah ini akan dapat diatasi menerusi peranan kerajaan melalui penggubala­n undang-undang dan masyarakat juga mesti bertanggun­gjawab dengan tidak memberikan sebarang toleransi terhadap jenayah sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Kolokium Kehakiman Mengenai Perkongsia­n Amalan Baik Berkenaan Undang-undang Antarabang­sa Hak Asasi Manusia bertajuk ‘Prinsip Undang-undang dan Hak Asasi: Cabaran dan Peluang’, di sini, semalam.

Kelmarin, Datuk Seri Najib Razak, mengumumka­n kerajaan akan membentang­kan rang undang-undang baharu bagi menangani kesalahan jenayah seksual kanakkanak pada sesi Persidanga­n Dewan Rakyat kali ini.

Perdana Menteri berkata, Rang Undangunda­ng Kesalahan-kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 adalah selaras hasrat kerajaan untuk menyertai Konvensyen Mengenai Jenayah Siber yang menetapkan pornografi kanak-kanak sebagai satu kesalahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia