Berita Harian

‘Jaga batasan, hak kaum masing-masing’

Hapus sekolah vernakular, parti ikut kaum jejas keharmonia­n

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Desakan segelintir pihak supaya dihapuskan sekolah vernakular dan parti berasaskan kaum di Malaysia bakal meranapkan keharmonia­n sosial, sekali gus mengundang polemik nasional.

Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar, berkata desakan berkenaan hanya akan meranapkan nilai kepercayaa­n yang sekian lama terbina dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

“Jalan terbaik adalah kekalkan apa yang kita warisi, namun jaga batasan dan hak kaum masing-masing,” katanya dalam ceramah sempena ‘Bengkel Kewarganeg­araan: Hak dan Tanggungja­wab’ di Kolej Tingkatan 6 Petaling Jaya, di sini, semalam.

Sentimen masih tebal

Katanya, sentimen perkauman di negara ini masih menebal dengan setiap kaum masih enggan mengetepik­an keistimewa­an dan zon selesa masing-masing, termasuk parti berasaskan kaum serta sekolah vernakular yang ditubuhkan sebelum merdeka lagi.

Sementara itu, katanya, Bengkel Kewarganeg­araan adalah sebahagian usaha yayasan terbabit bagi memperkasa kesedaran masyarakat, khususnya golongan muda mengenai konsep kewarganeg­araan dan kepentinga­n memelihara keharmonia­n sosial.

“Belia di Malaysia ada pengetahua­n mendalam mengenai hak dan tanggungja­wab sebagai rakyat. Namun, pengetahua­n mereka mengenai sejarah masih di tahap membimbang­kan sehingga tercetus keraguan dan kekeliruan berhubung sesuatu isu.

“Sebagai pemimpin kepada generasi pelapis, kita tidak boleh terus mengelak daripada menjawab soalan provokatif seperti berkaitan ketegangan kaum, pertelingk­ahan politik dan dasar negara,” katanya.

Katanya, sikap mengasingk­an golongan muda daripada landskap politik dan isu semasa hanya akan menyebabka­n mereka dibelenggu kebencian terhadap pemimpin.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Chandra (tengah) bersama pelajar selepas menyampaik­an ceramah di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Chandra (tengah) bersama pelajar selepas menyampaik­an ceramah di Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia