Berita Harian

Pendidikan hargai air harus disemai

Elak generasi akan datang ‘berperang’ akibat krisis bekalan

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mencadangk­an agar diwujudkan program pendidikan mengenai nilai dan kepentinga­n air serta kepentinga­n memulihara sumber berkenaan.

Sambil berharap program sedemikian dapat menyemai sikap tanggungja­wab bagi menghargai air dan sumbernya dalam kalangan masyarakat, baginda mahu ia dimulakan dengan sikap menghormat­i dan menghargai air.

Sultan Perak bertitah, usaha memulihara air dan sumbernya bermula dengan langkah kecil secara beramai-ramai hingga tersemai sifat keinsafan dan kesedaran yang kemudian diperlihat­kan sebagai amalan harian dan budaya dalam masyarakat.

Guna secara optimum

“Jangan lagi membuang sisa dan sampah ke dalam parit, longkang dan sungai,” titah Sultan Nazrin ketika merasmikan Loji Rawatan Air Kampung Senawar yang turut dihadiri Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, di sini, semalam.

Sultan Perak bertitah, memulihara sumber air serta budaya menggunaka­n air secara berhemah dan optimum adalah tanggungja­wab setiap rakyat yang seharusnya tidak melakukan pencemaran terhadap sumber air serta dididik agar tidak membazir.

“Kekurangan air adalah fenomena yang sedang melanda dunia ketika ini. Rakyat wajib sedar bekalan air yang tidak mencukupi bakal mencetuska­n krisis kerana ia keperluan paling asas kehidupan.

Krisis bukan rekaan

“Krisis bekalan air bukan satu fiksyen atau cerita rekaan, malah diramalkan bahawa persaingan dan perebutan mendapatka­n sumber air boleh menjadi punca memungkink­an manusia berperang pada masa akan datang,” katanya.

Sultan Nazrin bertitah, satu perlima penduduk dunia dilaporkan tidak mendapat akses kepada air yang boleh diminum, manakala lebih separuh lagi dilaporkan tinggal di kawasan yang menghadapi tekanan untuk mendapatka­n bekalan air.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] ?? Sultan Nazrin diiringi Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa (kiri) berkenan merasmikan Loji Rawatan Air Kampung Senawar Kuala Kangsar, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH] Sultan Nazrin diiringi Pengurus Besar Lembaga Air Perak, Datuk Mohd Yusof Mohd Isa (kiri) berkenan merasmikan Loji Rawatan Air Kampung Senawar Kuala Kangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia