Berita Harian

Tiada cadangan tetapkan harga siling kembung, siakap

Kerajaan hanya kawal pengeluara­n ikan rakyat pada waktu tertentu

- Laporan Rohaniza Idris, Mohd Nasaruddin Parzi dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani tidak berhasrat menetapkan harga siling ikan rakyat seperti kembung dan siakap.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kerajaan sebaliknya mengawal pengeluara­n ikan rakyat pada waktu tertentu, terutama dalam tempoh tiga bulan sepanjang musim perayaan.

Beliau berkata, kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung didorong pendaratan ikan yang berkuranga­n kerana ketika ini masih dalam musim tengkujuh dan dijangka kembali stabil apabila musim berkenaan berakhir.

Stok penimbal

“Kita tidak berhasrat menetapkan harga siling bagi kembung, siakap serta ikan rakyat yang lain sekarang,” katanya menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (Bn-kuala Kangsar) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanap­un, katanya, pihak kementeria­n dan agensi berkaitan sudah mengambil langkah kawalan dengan menyediaka­n stok penimbal ikan rakyat untuk pasaran ketika musim tengkujuh yang juga mampu mengawal kenaikan harga yang mendadak.

Sementara itu, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata peniaga makanan dan minuman menaikkan harga jualan melampau susulan kenaikan harga gula pasir putih, akan dikenakan tindakan tegas.

Beliau yang ditemui pemberita di lobi Parlimen, berkata kenaikan harga gula sebanyak 11 sen berkuat kuasa 1 Mac lalu yang berpunca daripada kenaikan harga gula mentah diimport, sepatutnya tidak memberi kesan kepada peniaga terbabit.

Ambil tindakan tegas

“Jika didapati mereka ambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan kenaikan harga gula pasir putih bertapis kasar, kementeria­n akan ambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Secara keseluruha­n, katanya, kenaikan harga gula sebanyak 11 sen setiap kilogram, iaitu 3.8 peratus daripada harga asal, tidak memberi kesan kepada harga makanan.

Kenaikan harga ikan rakyat terutama kembung didorong pendaratan ikan yang berkuranga­n kerana ketika ini masih dalam musim tengkujuh” Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia