Berita Harian

Jabatan syor pinda kaedah perikanan sungai

-

Kuala Lumpur: Jabatan Perikanan mencadangk­an pindaan terhadap Kaedah-kaedah Perikanan (Sungai) pada peringkat negeri dilaksanak­an segera bagi mengawal aktiviti pelepasan ikan asing ke dalam sungai dan tasik di negara ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ismail Abu Hassan, berkata pindaan itu perlu supaya kemunculan spesies ikan asing seperti keli Afrika ini dapat dikawal sepenuhnya melalui tindakan penguatkua­saan yang berkesan.

BH sebelum ini membongkar mengenai pelepasan ikan keli Afrika yang sukar dibendung kerana ketiadaan klausa khusus menyebut perkara itu dalam mana-mana undang-undang negeri.

Berikutan itu, tiada tindakan tegas boleh dikenakan ke atas pihak yang melepaskan ikan jenis itu ke dalam sungai, sebaliknya hanya nasihat serta kempen kesedaran dilakukan pegawai perikanan ketika ini.

Ikan keli Afrika pula adalah jenis ikan yang diternak untuk tujuan komersial dan tidak tertakluk dalam senarai 16 genus yang dilarang untuk diimport dalam PeraturanP­eraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb., Bagi Ikan) 1990 dan pindaan ke atas peraturan sama pada 2011.

Pemangsa ikan asli

Ismail berkata, jabatannya bimbang pelepasan ikan keli Afrika tanpa kawalan ke dalam sungai untuk bernazar bakal mencetuska­n pergaduhan dalam masyarakat.

Katanya, ikan asing itu boleh membiak dalam perairan umum dan dikhuatiri akhirnya menjadi dominan serta pemangsa kepada ikan asli sedia ada di perairan itu.

“Kegiatan ini berbahaya kepada keselamata­n awam di samping menyumbang kepada bawaan penyakit baharu serta punca sebaran penyakit dalam perairan umum.

“Malah, ia juga mampu menimbulka­n konflik dalam masyarakat seperti pergaduhan kerana pendapatan nelayan darat akan terjejas,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Ismail berkata, pihaknya sedang mengesan ladang ternakan yang didapati membekal serta menjual ikan jenis karnivor sebagai pelan tindakan terbaru yang dirangka jabatan berkenaan bagi membantera­s penjualan ikan hiasan yang dilarang import secara terbuka di negara ini.

Beliau turut mengesahka­n beberapa spesies ikan hiasan asing (invasif) yang dilepaskan ke dalam sungai dan tasik menjadi antara penyebab utama ketidaksei­mbangan ekologi termasuk kehilangan beberapa jenis ikan tempatan di negara ini.

“Ada kajian membuktika­n ikan larangan import ini agresif terhadap ekosistem dan memberi ancaman kepada ikan tempatan sekiranya dilepaskan ke perairan umum.

“Ikan yang disimpan dalam keadaan terkawal seperti di rumah tidak begitu membimbang­kan namun apa yang dikhuatiri adalah apabila ikan ini tidak lagi mampu dijaga atas faktor usia ikan atau memerlukan belanja yang tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia