Berita Harian

Ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak

Klinik UPSR BH Didik tingkat mutu pembelajar­an murid untuk cemerlang

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Klinik UPSR BH Didik adalah landasan terbaik untuk mendedahka­n calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaa­n dengan lebihmenye­luruh.

Keberkesan­an program itu diakui sendiri oleh ibu kepada seorang peserta dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 7, Shah Alam, Khuzaita Tumiran.

Beliau berkata, soalan latihan yang diketengah­kan dalam sisipan Didik pada setiap Isnin amat membantu meningkatk­an pengetahua­n akademik anaknya.

“Saya pernah menghantar anak mengikuti Klinik UPSR BH Didik ini lima tahun lalu, Alhamdulil­lah beliau berjaya memperoleh keputusan 5A pada waktu itu.

“Oleh itu, saya harap peserta dapat memanfaatk­an sepenuhnya ilmu yang dimiliki termasuk belajar dengan bersungguh-sungguh, selain berharap klinik UPSR ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada Klinik UPSR BH Didik 2017 yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Klang, di sini, baru-baru ini.

Kuasai topik sukar

Sementara itu, ibu peserta dari SK Seksyen 9, Shah Alam, Norlin Mustapha, berkata penganjura­n program seumpama ini secara tidak langsung dapat membantu anaknya meningkatk­an mutu pembelajar­an membabitka­n topik sukar.

“Sebagai ibu bapa, semestinya kami mahu yang terbaik untuk memastikan kejayaan anak-anak dan mendapat 6A dalam UPSR.

“Tidak dinafikan setiap kejayaan itu bergantung kepada usaha mereka sendiri. Bagaimanap­un, kami akan sedaya upaya membantu menyediaka­n kemudahan pembelajar­an seperti menghantar mengikuti program pendidikan seperti ini,” katanya.

Calon UPSR 2017 dari SK Bukit Rimau, Shah Alam, Aidil Izuan Ahmad Rizuan pula, berkata program itu turut mendedahka­n dirinya dengan format menjawab soalan peperiksaa­n terkini.

“Saya mendapat banyak manfaat khususnya bagaimana untuk belajar secara berkesan dan menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya.

Penyampaia­n penceramah mudah difahami, jenaka yang ditonjolka­n membuatkan klinik ini menyeronok­kan” Aqilah Ulfah Azlan, Murid SK Seksyen 9, Shah Alam

 ?? [FOTO SHAREEN ZAMZURI/BH] ?? Sebahagian peserta Klinik UPSR BH Didik di SMK Tinggi Klang, baru-baru ini.
[FOTO SHAREEN ZAMZURI/BH] Sebahagian peserta Klinik UPSR BH Didik di SMK Tinggi Klang, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia