Berita Harian

Laluan untuk pelajar melanjut pengajian di UK

-

Kuala Lumpur: Memiliki kelulusan ijazah sarjana muda daripada universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Cambridge pasti menjadi kebanggaan serta idaman setiap pelajar.

Bagi pelajar yang berhasrat untuk melanjutka­n pengajian di United Kingdom (UK), perlu mengambil kira dua kriteria penting iaitu mengenal pasti program yang ingin disertai selain memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan bagi setiap program.

Antaranya, pemohon perlu mempunyai kelayakan minimum iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau O level bagi pelajar yang memohon program asas, selain mengikuti kursus persediaan Sistem Ujian Bahasa Inggeris Antarabang­sa (IELTS) terlebih dahulu yang menentukan tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Pelajar yang berminat boleh menduduki ujian berkenaan yang merangkumi kemahiran mendengar, membaca, menulis, dan bertutur di British Council dengan mendaftar secara atas talian.

Pendaftara­n boleh dibuat secara atas talian termasuk pembayaran bagi setiap kursus diikuti, manakala ujian akan dilaksana sepanjang tahun di beberapa pusat terpilih sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Pulau Pinang, Ipoh, Sabah dan Sarawak.

Cara memohon

Bagi universiti di UK, permohonan boleh dilakukan melalui Universiti­es and Colleges Admissions Service (UCAS) iaitu organisasi yang bertanggun­gjawab menguruska­n semua proses permohonan dan bertindak sebagai perantara dengan menyalurka­n maklumat kepada universiti berkaitan.

Selain itu, pemohon disaran supaya mengetahui perbezaan antara Ijazah Sarjana Muda Sastera (BA) dengan Ijazah Sarjana Muda Sains (BSC) memandangk­an ada kursus ditawarkan dalam keduadua pengkhusus­an, namun mempunyai perbezaan dari segi subjek diambil.

Sebagai contoh, BA Psikologi lebih memfokus kepada program seni liberal dan kemanusiaa­n, manakala BSC Psikologi menjurus kepada sains psikologi.

Belajar di UK juga mempunyai kelebihan iaitu pelajar akan memperoleh ijazah dengan kepujian selepas tiga tahun pengajian dan pemindahan kredit akan dinilai berdasarka­n kes oleh panel universiti.

Untuk maklumat lanjut peluang pengajian di UK, pelajar perlu menghadiri Pameran Pendidikan Belajar di UK yang akan diadakan pada 18 dan 19 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 1 tengah hari hingga 6 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia