Berita Harian

Courts Malaysia umum tawaran harga istimewa

Diskaun sehingga 70 peratus bagi 300 produk sepanjang Mac

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Courts Malaysia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus serta harga serendah RM30 bagi lebih 300 produknya, sepanjang Mac ini.

Tawaran istimewa menerusi kempen Meraikan Hidup Senang itu adalah bersempena ulang tahun penubuhan syarikat peneraju jualan barang elektrik, teknologi maklumat (IT) dan perabot berkenaan di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Courts Asia Limited, Tim Luce, berkata kempen berkenaan adalah sebagai menghargai kesetiaan pelanggan sepanjang 30 tahun Courts bertapak di Malaysia.

“Kami akan terus kekal komited untuk mengekal serta memperbaik­i perkhidmat­an serta meneruskan tawaran kepada semua pelanggan dan memperluas jaringan premis.

Rumah Amal Courts

“Dalam tempoh 30 tahun, kami bukan sekadar beroperasi sebagai premis jualan, tetapi juga menyumbang kembali kepada masyarakat, khususnya menerusi Rumah Amal Courts dengan jumlah sumbangan sudah mencecah lebih RM350,000.

“Program Rumah Amal Courts akan diteruskan pada tahun ini dan kami akan melawat lebih 30 rumah kebajikan dalam tempoh tiga hari untuk menyumbang kelengkapa­n rumah bernilai lebih RM150,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Courts Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dolf Posthumus.

Kempen Meraikan Hidup Senang turut menawarkan pulangan wang tunai berjumlah RM3 juta kepada pelanggan, 300,000 mata ganjaran Bonuslink dan baucar penjimatan sehingga RM3,000.

Kempen harga rendah

Selain itu, kempen Harga Rendah Hari-hari sempena ulang tahunnya yang menawarkan harga rendah pada barangan keperluan rumah tanpa sebarang syarat, sepanjang tahun ini.

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Luce (tengah) dan kakitangan Courts ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Courts Malaysia di Setapak, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Luce (tengah) dan kakitangan Courts ketika Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 Courts Malaysia di Setapak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia