Berita Harian

Bertemu selepas 40 tahun berpisah

-

Kuantan: Seramai 150 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Kemaman, Terengganu 1973 hingga 1977, bersua muka selepas lebih 40 tahun berpisah.

Majlis Malam Pertemuan Kasih Mesra yang diadakan di sebuah hotel di Cherating, dekat sini, turut membantu bekas guru sekolah itu, Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor bertemu kembali dengan guru yang pernah bertugas di sekolah itu serta pelajar termasuk bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Tengku Mahmud ketika ditemui berkata, beliau terharu dengan sambutan bekas pelajarnya dalam majlis berkenaan walaupun hanya dapat mengenali segelintir daripada mereka.

“Saya menggalakk­an mereka terus menyumbang kepada generasi baru sekolah itu terutama pelajar daripada golongan kurang berkemampu­an,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan, kelmarin.

Guna media sosial

Sementara itu, Pengerusi program, Mohd Yusof Jaafar berkata, idea mengadakan majlis berkenaan disuarakan bekas guru mereka itu sebelum usaha mengumpul bekas pelajar dilakukan melalui media sosial.

“Ini kali pertama bekas pelajar sekolah ini dikumpulka­n dalam satu majlis malah ada antara kami kali pertama bertemu semula termasuk guru selepas lebih 40 tahun berpisah.

“Jika diikutkan jumlah keseluruha­n bekas pelajar dalam tempoh berkenaan hampir 1,000 orang namun ramai lagi rakan lain tidak dapat dijejaki. Kami bercadang untuk meneruskan pertemuan ini pada masa akan datang,” katanya.

Mohd Yusof berkata, mereka mengambil masa lebih sebulan mengesan semua pelajar terbabit dan kebanyakan mereka berhubung antara satu sama lain menerusi media sosial.

 ?? [FOTO KHAIRULMIZ­AN YAHYA/BH] ?? Sebahagian daripada 150 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai bergambar dengan bekas guru pada Majlis Malam Pertemuan Kasih Mesra di Cherating.
[FOTO KHAIRULMIZ­AN YAHYA/BH] Sebahagian daripada 150 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai bergambar dengan bekas guru pada Majlis Malam Pertemuan Kasih Mesra di Cherating.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia