Kaitan perut dengan nafsu

Berita Harian - - AGAMA -

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya.” (Riwayat Ahmad). Imam al-ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-din menegaskan, perut itu hakikatnya adalah sumber segala nafsu syahwat dan tempat tumbuhnya segala penyakit serta bencana kerana syahwat perut akan terkait dengan syahwat seksual, seterusnya membawa keinginan pada kedudukan dan harta.

Perut boleh memberi kesan kepada pembentuka­n akhlak yang melahirkan kebaikan di dunia dan penentu kedudukan pada akhirat nanti, sama ada aman di syurga atau terhumban ke neraka jahanam.

Justeru, Ustaz Pahrol Mohd Juoi menerusi Islam Itu Indah mengingatk­an mengenai orang yang gemar berlebihan dalam soal makan, celaan terhadap orang yang kekenyanga­n dan suka memenuhkan perutnya dengan makanan.

Perut menjadi punca kepada penyakit sebagaiman­a sabda Baginda SAW: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok daripada segala rawatan.” (Riwayat ad-dailami)

Selain itu, perut juga punca kepada keinginan. Perut yang kenyang akan melahirkan rasa cinta kepada makanan selanjutny­a menimbulka­n kemahuan seksual yang tidak terkawal. Menerusi perut juga menimbulka­n rasa cintakan dunia seterusnya menjurus kepada kejahatan.

Meskipun penjagaan perut sering dikaitkan dengan kecantikan, tanpa disedari, jauh lebih penting daripada itu adalah memelihara perut daripada perkara dimurkai Allah SWT. Oleh itu, langkah paling bijak mengawal kejahatan adalah dengan menjaga perut.

Sesungguhn­ya setiap anggota dan organ manusia diciptakan bersama tujuan tersendiri. Perut diciptakan bagi memproses makanan, menyerap segala zat dalam makanan yang menyumbang kepada kesihatan dan kekuatan yang memudahkan untuk melaksanak­an ibadah kepada-nya.

Makan untuk hidup

Makan bukan matlamat, tetapi punca untuk sampai kepada matlamat, iaitu ibadah kepadaNya. Justeru, konsep makan untuk hidup, hidup untuk makan tidak boleh diterima pakai kerana yang tepat ialah makan untuk hidup dan hidup untuk ibadah.

Memiliki perut yang sihat adalah nikmat wajib disyukuri selaras tujuan Allah SWT menciptaka­nnya. Tiga elemen penting bagi merealisas­ikan matlamat itu dengan mengambil makanan yang halal, baik dan penuh keberkatan.

Segala aspek berkaitan perlu dititikber­atkan, termasuk mengetahui punca sumber serta proses olahan makanan itu. Elakkan makanan yang syubahah kerana ia boleh mengotori hati.

Luqman pernah berkata kepada anaknya: “Wahai anakku, apabila perut telah penuh maka fikiran pun akan tertidur, tidak dapat mendengar hikmah (pelajaran), dan anggota badan pun terasa berat daripada ibadah.”

Perut kenyang, otak lembap

Perut yang kosong memiliki faedahnya dan perut penuh membawa kesan buruk. Perut yang lapar dapat membersihk­an hati, menghilang­kan sifat buruk, meningkatk­an kecerdasan serta wawasan.

Imam al-ghazali mengumpama­kan perut yang terlalu kenyang bagai pohon disiram air secara berlebihan. Batangnya akan rapuh dan akarnya mereput. Perut sentiasa kekenyanga­n akan menjadikan otak lembap serta menggelapk­an hati.

Ini akan mengakibat­kan fikiran tertutup seterusnya hati menjadi berat ketika dibawa untuk berfikir. Hati yang keras akan menyukarka­n diri melawan nafsu. Jika ada amal baik, ia tetap akan mengganggu proses untuk istiqamah. Justeru, berhati-hati menjaga hati bermula daripada perut.

Perut sumber segala nafsu syahwat dan mengundang penyakit. Perut juga boleh memberi kesan kepada pembentuka­n akhlak. Justeru Mukmin tidak digalakkan berlebihan makan hingga kekenyanga­n. Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam segmen Islam Itu Indah di IKIMFM menjelaska­n makan bukanlah matlamat untuk hidup. Perut yang lapar dapat membersihk­an hati dan menghilang­kan sifat buruk.

[FOTO HIASAN]

Makan secara sederhana dan tidak terlalu kenyang beri kebaikan kepada tubuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.