Berita Harian

Karyawan perlu saingi pengaruh dunia siber

Faktor ekonomi alih perhatian pembaca pilih novel dalam talian

- Oleh Ruwaida Md Zain bhsastera@bh.com.my

Karyawan sastera perlu bekerja keras bagi mendepani ancaman dunia maya yang dilihat mula mengambil tempat dalam kalangan pembaca terutamany­a golongan muda.

Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Zurinah Hassan, berkata beliau tidak menafikan sesetengah pembaca memilih untuk membaca novel atau buku menerusi cara atas talian disebabkan faktor ekonomi.

“Faktor ekonomi sememangny­a memainkan peranan sebab lebih murah kerana mereka boleh membaca saja di internet. Namun, saya percaya peminat tegar novel dalam bentuk buku tetap ramai dan akan berusaha memilikiny­a.

“Dari segi perbezaan jumlah pembaca novel ‘hard copy’, saya rasa masih selari dengan pembaca atas talian.

“Secara peribadi, saya memilih buku kerana ia memberi kepuasan berbanding bahan bacaan atas talian kerana proses pembacaan agak panjang juga kerana memerlukan kita membuka aplikasi dan mengecas perkakasan, tetapi buku ini kita buka terus boleh baca,” katanya pada Majlis Pelancaran Buku Lakaran Hati Dilara oleh Fathymah Hasan di Galeri Shah Alam di sini.

Promosi bahan penulisan

Bagaimanap­un Zurinah berkata, karyawan sastera tetap memerlu- kan media sosial dalam usaha mempromosi­kan bahan penulisan di serata dunia.

“Sebagai contoh, pembaca beli novel dan baca kemudian kongsi kisah yang dibaca di laman sosial Facebook dan Instagram. Dari situ, rakan-rakan mereka akan tertarik dan turut sama membelikan novel berkenaan.

“Melalui media sosial, novel seperti Lakaran Hati Dilara berpotensi untuk mencipta nama di pasaran,” katanya.

Pada masa sama, Zurinah berharap perbincang­an dua hala antara karyawan dengan peminat novel dan sastera dapat diadakan dari semasa ke semasa.

Ini bertujuan supaya mereka dapat mendengar luahan, cadangan dan pandangan pembaca dalam usaha menjadikan dunia sasterawan serta penulisan berkembang maju selari dengan peredaran masa.

Warnai dunia sastera

Zurinah turut mengalu-alukan karyawan baharu yang ingin berjinak-jinak dalam dunia penulisan seperti Fathymah yang berani mencuba sehingga terbitnya novel sulungnya itu.

“Saya seronok melihat semakin hari ramai penulis baharu yang mewarnai dunia sastera. Seperti saya sendiri, minat menulis tercetus sejak di bangku sekolah.

“Apabila saya menulis dan disiarkan di akhbar seperti , ia satu kepuasan kerana menulis sebab minat, bukan semata-mata untuk bayaran,” katanya.

Dari segi perbezaan jumlah pembaca novel ‘hard copy’, saya rasa masih selari dengan pembaca atas talian” Zurinah Hassan, Sasterawan Negara

 ?? [FOTO FAIZ ANUAR/BH] ?? Zurinah (kiri) dan Fathymah menunjukka­n novel Lakaran Hati Dilara pada majlis pelancaran­nya, di Galeri Shah Alam.
[FOTO FAIZ ANUAR/BH] Zurinah (kiri) dan Fathymah menunjukka­n novel Lakaran Hati Dilara pada majlis pelancaran­nya, di Galeri Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia