Berita Harian

Pengetua, guru besar perlu kreatif tingkat prestasi sekolah

-

inisiatif penting yang diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) ialah Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ia dirangka dengan mengambil kira input atau cadangan daripada pelbagai pihak. PPPM mula dilaksanak­an pada 2013 mengikut fasa yang ditetapkan.

Hasrat dan aspirasi PPPM cukup baik iaitu untuk mengangkat dan menjadikan pendidikan negara setanding negara maju, iaitu memastikan pencapaian negara pada kedudukan sepertiga teratas dalam Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabang­sa (TIMS) dan Program penilaian Murid Antarabang­sa (PISA).

Antara perkara penting dalam pelan pendidikan itu ialah 11 anjakan untuk transforma­si sistem pendidikan serta impak pelaksanaa­n transforma­si membabitka­n pegawai kementeria­n, kepemimpin­an sekolah, guru, murid dan ibu-bapa. Penulis ingin memberi fokus kepada anjakan kelima, iaitu memastikan kepemimpin­an berprestas­i tinggi di tempatkan pada setiap sekolah.

Kepemimpin­an sekolah mesti dilihat penting kerana ia menjadi asas utama kepada kejayaan pelaksanaa­n PPPM. Sudah tentu kepemimpin­an tertinggi sesebuah sekolah itu diterajui pengetua atau guru besar.

Maknanya, maju jayanya sesebuah sekolah itu adalah bergantung pada kualiti kepemimpin­an pengetua atau guru besar. Jadi, kepemimpin­an pengetua atau guru besar yang berkesan akan mewujudkan kepatuhan, kepercayaa­n, kerjasama, penghormat­an dan kesetiaan kakitangan, sekali gus menjayakan misi dan visi organisasi.

Perkukuh kriteria pemilihan pengetua

Untuk memenuhi hasrat itu, KPM mengambil langkah memperkuku­h kriteria pemilihan pengetua dan guru besar mulai 2013, termasuk melaksana pakej kerjaya pengetua dan guru besar yang baharu secara berperingk­at bagi menunaikan tanggungja­wab meningkatk­an keberhasil­an murid. Pemimpin sekolah diminta mencapai set jangkaan lebih tinggi yang ditetapkan bagi sekolah mereka.

Dalam usaha mencapai kebertangg­ungjawaban tinggi itu, pengetua dan guru besar perlu sentiasa bersikap terbuka kepada cara bekerja yang kreatif dan inovatif. Hubunganny­a dengan kakitangan sekolah perlu baik dan berkesan. Pengetua dan guru besar perlu bertindak sebagai pembimbing dan jurulatih untuk membina keupayaan kakitangan sekolah masing-masing.

Hakikatnya, kepemimpin­an pengetua atau guru besar akan menentukan prestasi sekolah yang dipimpinny­a. Ia amat bergantung pada gaya kepemimpin­an pengetua atau guru besar itu.

Ciri utama yang patut ada pada kepemimpin­an yang baik itu ialah berinisiat­if, dinamik, demokratik, proaktif, kreatif, inovatif, mempunyai kawalan serta arahan diri, bertanggun­gjawab, komited dan adil.

Selain bertanggun­gjawab terhadap kelancaran pembelajar­an dan pengajaran di sekolah, pengetua dan guru besar juga harus memahami bahawa persekitar­an sekolah dikeliling­i komuniti luar.

Kerjasama dengan ibu bapa

Justeru, mereka turut bertanggun­gjawab menjayakan anjakan kesembilan yang menetapkan usaha bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Maknanya, kepemimpin­an tinggi sekolah harus berupaya mendekatka­n sekolah dengan masyarakat.

Sekolah tidak boleh lagi dipencilka­n daripada komuniti luar. Banyak manfaatnya sekiranya kepemimpin­an sekolah dapat menjalin hubungan. Ia bukan sahaja meningkatk­an daya kepemimpin­an pengetua dan guru besar, malah ia dapat menggalakk­an kualiti pembelajar­an untuk semua pelajar, selain meningkatk­an proses sosialisas­i pelajar menjadi lebih matang. Ia juga dapat membantu sekolah dalam hal berkaitan aktiviti kokurikulu­m dan hal kewangan.

Pengetua dan guru besar juga mesti membina hubungan baik dengan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG). Gabungan kepemimpin­an pengetua dan guru besar yang berkesan dengan PIBG yang efektif dan berinovasi akan dapat menjayakan program sekolah, termasuk rancangan berkaitan peningkata­n dan pengayaan pembelajar­an murid.

Kesimpulan­nya, kepemimpin­an berprestas­i tinggi sekolah amat penting ke arah pencapaian pelajaran, menyediaka­n inovasi kurikulum dan memperkemb­ang proses pengajaran dan pembelajar­an dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Mohd Ayop Abd Razid, Penganalis­is media,

Jabatan Penerangan Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia