Berita Harian

Turki gantung hubungan dengan Belanda

Sekat duta Belanda keluar, tuduh Merkel sokong ‘pengganas’

-

Turki menggantun­g hubungan peringkat tertinggi dengan Belanda kelmarin dan menyekat dutanya keluar dari negara itu dalam krisis tegang berterusan berkaitan perhimpuna­n luar negara sebelum pungutan suara.

Presiden Recep Tayyip Erdogan juga menuduh Canselor Jerman Angela Merkel ‘menyokong peng ganas’, ketika pertelingk­ahan memuncak antara Turki dan negara Kesatuan Eropah (EU), berisiko menjejaska­n keseluruha­n hubungan Ankara dengan Eropah.

Turki menganggap kenyataan cetek EU tidak memberi sebarang nilai terhadapny­a.

Keduadua Jerman dan Belanda menyekat menteri Turki daripada mengadakan perhimpuna­n mengumpul undian penduduk ekspatriat Turki, memberi Erdogan lanjutan kuasa.

Kerajaan Belanda hujung minggu lalu menghalang pesawat membawa Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu mendarat dan menyekat Menteri Keluarga Fatma Betul Sayan Kaya mengadakan bantahan di Rotterdam.

Menteri berkenaan mahu meraih sokongan anggaran 400,000 rakyat Turki di Belanda sebelum pungutan suara 16 April ini.

“Sehingga Belanda membayar terhadap apa yang dilakukann­ya, hubungan peringkat tinggi dan rancangan pertemuan di peringkat kementeria­n dan tertinggi digantung,” kata Timbalan Perdana Menteri, Kuman Kurtulmus selepas mesyuarat kabinet di Ankara.

Belanda perlu penuhi syarat

Tambahnya, Turki tidak akan membenarka­n Duta Belanda ke Ankara kembali ke negara itu sehingga Netherland­s memenuhi syaratnya berkaitan mengadakan perhimpuna­n. Penerbanga­n diplomatik juga akan digantung.

Duta Kees Cornelis van Rij ketika ini berada di luar negara dan segala urusan dikendalik­an wakil.

Erdogan, memberi bayangan beliau sendiri secara peribadi akan berkunjung ke negara EU untuk berucap di hadapan per himpunan berkata, Barat menunjukka­n ‘wajah sebenar’ mereka.

Pengarah Program Penyelidik­an Turki di The Washington Institute, Soner Cagaptay berkata, kesan segera pertelingk­ahan itu, bagaimanap­un mungkin membantu Erdogan meraih kejayaan dalam pungutan suara.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte kini menerima tekanan supaya bertegas terhadap Erdogan ketika beliau berdepan calon populis Geert Wilders dalam pilihan raya hari ini.

Netherland­s juga mengeluark­an amaran perjalanan baharu kepada warganya, menggesa mereka‚ berhatihat­i menyeberan­gi Turki, ‘sementara Jerman memberi peringatan kepada rakyatnya‚ terhadap ketegangan politik meningkat dan bantahan yang mungkin ditujukan ke atas mereka.’

 ??  ?? Bangunan Kedutaan Belanda (berwarna hijau)
di Turki dikawal anggota keselamata­n di Ankara, sejak krisis meletus.
Bangunan Kedutaan Belanda (berwarna hijau) di Turki dikawal anggota keselamata­n di Ankara, sejak krisis meletus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia