Berita Harian

Ribut salji Stella sebabkan 6,800 penerbanga­n di AS batal

-

New York: Ribut salji Stella membadai kawasan timur laut Amerika Syarikat (AS) semalam, membawa salji tebal di seluruh rantau dan memaksa sekolah ditutup manakala ribuan penerbanga­n dibatalkan.

Stella, ribut salji paling ganas musim ini, diramal membawa sehingga 61 sentimeter salji di bandar raya ini serta angin dengan kelajuan sehingga 96 kilometer sejam, menyebabka­n persekitar­an bertukar putih.

Perkhidmat­an Kajicuaca Nasional (NWS) mengeluark­an amaran ribut salji 24 jam bermula tengah malam kelmarin (0400 GMT Selasa) bagi wilayah dari utara ke Connecticu­t dan selatan ke New Jersey, yang termasuk bandar raya ini.

Ribut itu menjejaska­n kawasan padat penduduk dari negeri Maine ke Virginia hingga sejauh ke kawasan barat di Ohio.

Lebih 6,800 penerbanga­n diba talkan kelmarin dan semalam, dengan lapangan terbang di New York, Boston, Baltimore, Washington dan Philadelph­ia paling teruk terjejas, menurut perkhidmat­an pengesanan pesawat Flightawar­e.

Sekolah ditutup di bandar raya ini, sebahagian Connecticu­t, Massachuse­tts dan Rhode Island serta di ibu kota AS (Washington) dan utara Virginia.

Di Connecticu­t, gabenor mengumumka­n larangan perjalanan di seluruh negeri, ketika penduduk yang merentas wilayah terjejas digesa membatalka­n perjalanan.

Ramalan itu menyebabka­n pertemuan pertama antara Presiden Donald Trump dan Canselor Jerman Angela Merkel di Washington ditangguhk­an sehingga Jumaat.

Gabenor New York, Andrew Cuomo mengarahka­n penduduk menyimpan bekalan makanan dan air botol yang boleh bertahan antara tujuh hingga 10 hari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia