Berita Harian

Jolie gesa usaha dakwa perogol ketika perang

-

London: Aktres Hollywood Angelina Jolie menggesa usaha lebih meluas untuk mendokumen­kan dan mendakwa penjenayah seksual dan perogol ketika peperangan.

Aktres pemenang Oscar itu bekerjasam­a dengan bekas Setiausaha Luar Britain, William Hague, lima tahun lalu untuk melancarka­n inisiatif global menyasar menamatkan keganasan seksual ketika konflik, mendakwa pesalah dan memperbaik­i sokongan kepada mangsa.

Jolie berkata, beliau bangga dengan apa yang sudah dicapai, namun masih banyak perlu dilakukan.

“Kami memberi tumpuan kepada langkah berikutnya, membawa alat dibangunka­n di lapangan untuk membantu merekod jenayah dan menyokong pendakwaan, bekerja bersama tentera menukar doktrin dan latihan serta menggesa pelaksanaa­n undang-undang melindungi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Aktres itu, wakil khas agensi pelarian Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB) bercakap selepas acara berkaitan Inisiatif Mencegah Keganasan Seksual dalam Konflik (PSVI) di Kementeria­n Luar Britain.

Keganasan seksual meluas

Keganasan seksual berlaku secara meluas dalam perang. Di Iraq dan Syria, Daesh dituduh menjadikan gadis dan wanita sebagai hamba seks, sementara militan Boko Haram menculik budak sekolah di utara Nigeria.

PBB juga memberi amaran berhubung keganasan seksual mengerikan di Sudan Selatan.

Jolie dan Hague menganjurk­an secara bersama sidang kemuncak global pertama dalam menamatkan keganasan seksual ketika konflik di ibu kota ini pada 2014 dan Britain mengumumka­n kelmarin, ia akan menganjurk­an pertemuan susulan pada 2019.

Ia berkata, lebih 17,000 anggota polis dan tentera dilatih dalam isu keganasan seksual sejak pelancaran PSVI. REUTERS

 ??  ?? Angelina Jolie
Angelina Jolie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia