Berita Harian

Wawrinka sertai kelompok elit

Pilihan ketiga kekal bersaing bersama Djokovic, Nadal dan Federer

-

Pemain pilihan ketiga, Stan Wawrinka meneruskan penguasaan ke atas Philipp Kohlschrei­ber, dari Jerman dengan kemenangan 7-5, 6-3 untuk mara ke pusingan keempat tenis ATP Master BNP Paribas yang berlangsun­g di Indian Wells, California, semalam.

Wawrinka merekodkan kemenangan kelima terhadap Kohlschrei­ber di dalam pertemuan yang membuatkan dia berhatihat­i dengan persembaha­n ketika memburu slot ke suku akhir di California buat kali pertama.

“Ia adalah satu perlawanan yang baik,” kata Wawrinka, yang mempunyai tiga gelaran Grand Slam namun hanya memenangi satu siri jelajah bertaraf masters.

“Set pertama tidak begitu mudah, sudah pasti namun secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan corak permainan. Saya memberikan servis dengan baik. Saya rasa semakin baik segalagala­nya positif sehingga kini,”

Pertembung­an pertama

Wawrinka dijadualka­n bertemu Yoshihito Nishioka dari Jepun, yang berdepan laluan panjang untuk melepasi pilihan ketiga, Czech Tomas Berdych 16, 76 (7/5), 64. Pemain berusia 21 tahun dari Mie ini menyelamat­kan mata penentuan menerusi servis sendiri ketika permainan ke10 di set kedua.

Nishioka bekerja keras untuk memenangi tiebreak, sebelum dia mendahului set ketiga, 21.

Walaupun Berdych menyelamat­kan satu mata dalam permainan kesembilan, Nishioka menamatkan aksi dengan bergaya sebelum mara ke pusingan keempat kejohanan Masters buat pertama kali.

“Ia menjadi menarik. Ia akan menjadi (pertembung­an) pertama antara kami,”

Wawrinka adalah pemain yang berada di ranking tertinggi yang masih kekal selepas pemain nombor satu Andy Murray kalah mengejut kepada pemain kelayakan di ranking ke129, Vasek Pospisil di pusingan kedua.

Ketika barisan pemain bintang Novak Djokovic, Rafael Nadal dan Roger Federer masih kekal di dalam saingan, peluang Wawrinka dilihat masih terbuka luas untuk menjulang kejuaraan.

Pilihan kelapan, Dominic Thiem dari Australia mara ke pusingan keempat dengan kemenangan 61, 64 kepada wakil Jerman, Mischa Zverev dan bakal berdepan John Isner (Amerika Syarikat) atau Gael Monfils dari Perancis.

Pospisil pula gagal melakar kemenangan dramatik apabila tewas kepada Dusan Lajovic pemain pusingan kelayakan 76 (7/4), 36, 75, dua hari selepas dia menundukka­n Murray.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Aksi Wawrinka ketika membalas pukulan Kohlschrei­ber, semalam.
[ FOTO AP ] Aksi Wawrinka ketika membalas pukulan Kohlschrei­ber, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia