Berita Harian

CGF cari gelanggang baharu ganti Durban

-

London: Ketua Sukan Komanwel memaklumka­n mereka sedang mencari venue untuk edisi 2022 selepas mengumumka­n calon tuan rumah, Durban (Afrika) gagal untuk memenuhi ‘tanggungja­wab utama’ selaku penganjur.

Bulan lalu, Menteri Sukan Afrika Selatan, Fikile Mbalula mendedahka­n kerajaan mungkin menarik balik sokongan kewangan disebabkan isu kos menganjurk­an pelbagai jenis sukan dan menegaskan mereka tidak boleh hidup di luar kemampuan.

Susulan mesyuarat di London, Presiden Persekutua­n Sukan Komanwel (CGF), Louise Martin, berkata: “CGF secara aktif meneroka pilihan alternatif, termasuk lokasi baharu yang berpotensi”.

Bulan lalu, Datuk Bandar Liverpool berkata, sebuah bandar di barat laut England bersedia menjadi tuan rumah Sukan 2022 jika ia tidak lagi diadakan di Durban.

Tidak akan jadi kenyataan

Pengesahan sukan itu tidak diadakan di Durban datangnya daripada Gabungan Sukan Afrika Selatan dan Presiden Jawatankua­sa Olimpik (SASOC), Gideon Sam.

Bagaimanap­un, menerusi temu bual bersama ENCA TV Afrika Selatan dari London, Sam berkata: Durban tidak menarik balik.

“CGF memberikan negara beberapa syarat tertentu, kita sepatutnya menandatan­gani perjanjian kontrak, mempunyai LOC (jawatankua­sa penganjur tempatan) di lokasi, dan mempunyai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) yang dilantik.

“Menerusi mesyuarat eksekutif CGF pada Sabtu, mereka memutuskan perkara itu mungkin itu tidak akan menjadi kenyataan dan mereka perlu bergerak dan mencari bandar baharu.”

Durban 2022 akan menjadi edisi pertama Sukan Komanwel yang diadakan di Afrika.

“CGF akan terus mengadakan dialog terbuka bersama SASOC dan Republik Afrika Selatan dan terus komited untuk merealisas­ikan citacita pada masa depan untuk Sukan Komanwel di Afrika,” tambah Martin.

“CGF dengan penuh yakin dan komited untuk menganjurk­an Sukan Komanwel yang berjaya untuk atlet dan peminat pada 2022.”

CGF akan terus mengadakan dialog terbuka bersama SASOC dan Republik Afrika Selatan dan terus komited untuk merealisas­ikan cita-cita pada masa depan untuk Sukan Komanwel di Afrika” Louise Martin, Presiden Persekutua­n Sukan Komanwel

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia