Berita Harian

Hazard jadi mangsa terjahan

Aksi panas Chelsea, United cetus pertelingk­ahan Conte, Mourinho

-

Antonio Conte mengkritik taktikal Jose Mourinho apabila Manchester United cuba menggunaka­n helah untuk menyingkir­kan Eden Hazard daripada aksi suku akhir Piala FA di Stamford Bridge, pagi semalam.

Hazard terselamat daripada serangan dan membantu Chelsea menang 1-0 dalam perlawanan penuh kontrovers­i, dengan United hanya beraksi 10 pemain ketika Ander Herrera menerima kad kuning kedua pada minit ke-35.

“Kami datang untuk bermain bola sepak, tetapi untuk tempoh 25 minit adalah mustahil untuk Eden Hazard, kerana dia kerap ditendang,” kata Conte yang lega selepas N’golo Kante menjaringk­an gol pada minit ke-51.

“Ia mungkin taktik. Saya rasa semua orang boleh saksikan. Kadangkala apabila kamu bermain dengan pemain berbakat, kamu cuba menakut-nakutkan mereka,” kata pengendali dari Itali itu. “Saya rasa pengadil perlu melindungi pemain seperti ini.”

Puji Hazard

Conte, yang mengetuai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) diundi untuk beraksi di London menentang Tottenham Hotspur di pusingan separuh akhir turut memuji kesabaran penyerang Belgium, Hazard.

“Ia amat sukar dan berbahaya menerima tendangan daripada belakang. Dia mempunyai karakter kuat dan sudah menunjukka­nnya hari ini (semalam).”

Pasangan pengurus ini mencuri tumpuan di tepi padang selepas insiden kekasaran Hazard dan pegawai keempat terpaksa campur tangan. Pengadil, Michael Oliver menghentik­an perlawanan untuk mengarahka­n kedua-dua pengurus itu agar bertenang.

Kekalahan itu dianggap satu hukuman buat bekas pengendali Chelsea, Mourinho, apabila peminat kelab lamanya memanggiln­ya ‘Judas (binatang)’ dan melaungkan ‘anda bukan lagi istimewa’.

Pengurus yang dipecat The Blues musim lalu ini mengambil peluang untuk mengingatk­an Conte dan penyokong Chelsea bahawa mereka masih mempunyai perjalanan panjang untuk menyamai pencapaian dirinya di Bridge.

“Mereka boleh memanggil saya apa saja yang mereka mahu. Saya profesiona­l,” katanya. Reuters

 ??  ?? Pemain Chelsea, Eden Hazard (kiri) diasak keras pemain United, Marcos Rojo pada aksi suku akhir Piala FA, awal pagi semalam.
Pemain Chelsea, Eden Hazard (kiri) diasak keras pemain United, Marcos Rojo pada aksi suku akhir Piala FA, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia