Berita Harian

MHC resah teknik sudut penalti karat

Kepakaran asing ditagih bimbing Malaysia Tigers

- Oleh Naqib Nor Said

Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) tidak teragak-agak untuk menagih sentuhan jurulatih asing dalam usaha menyelesai­kan masalah penyudah ‘karat’ pukulan sudut penalti pada kempen Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia (WHL2) yang berakhir Ahad lalu.

Sambil menekankan masa semakin suntuk, presiden badan induk itu, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, wang bukanlah penghalang asalkan saja langkah itu membuahkan hasil apalagi dengan kempen pusingan kelayakan terakhir ke Piala Dunia 2018 - Separuh Akhir WHL - hanya berbaki kirakira empat bulan.

“Saya kini hanya menunggu laporan penuh prestasi pasukan daripada barisan kejurulati­han dan jika kita perlu menambah kepakaran luar kita akan beritahu dalam tempoh seminggu dalam satu sidang media khas.

Malaysia Tigers ledak 11 gol

“Apa saja cadangan mereka - ketua jurulatih (Stephan Van Huizen) dan Pengarah Teknikal (Terry Walsh) - kita akan setuju sebab tak ada masa lagi untuk membuat pertimbang­an.

“Namun, saya tidak menolak pandangan berkenaan kerana daripada laporan awal yang saya terima kita berdepan masalah ketara dari segi pukulan sudut penalti dan ia terbukti pada aksi final berdepan China apabila kita mempersia-siakan lapan pukulan itu pada babak pertama,” katanya.

Walaupun melakar kemenangan sepanjang enam aksi di Dhaka sehingga bergelar juara dengan menewaskan China pada aksi final Ahad lalu, hanya 11 gol berjaya dihasilkan skuad Malaysia Tigers menerusi pukulan sudut penalti daripada keseluruha­n 32 gol.

Malah, ia bukan isu baharu kerana masalah ini sudah dilihat mula menghantui skuad negara pada kempen Trofi Juara-juara 2016 di Kuantan, tahun lalu yang menyaksika­n Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ketiga.

Subahan berkata, beliau mengakui berasa bimbang dengan kegagalan pemain negara menyempurn­akan deretan pukulan sudut penalti ketika di Dhaka.

“Jika kita tidak memanfaatk­an peluang ini, maka risikonya sangat tinggi sebagai contoh tahap permainan India dengan kita adalah sama, tetapi kelebihan India ialah mereka dapat sempurnaka­n pukulan sudut penalti lebih baik daripada kita.

“Kali terakhir MHC membawa kepakaran asing khusus bagi pukulan sudut penalti adalah pada 2012 dengan bekas pakar pukulan dari India, Len Aiyappa menjadi pilihan bagi membantu meningkatk­an lagi keupayaan jentera skuad Projek 2013 di bawah kendalian Dhaarma Raj Abdullah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia