Berita Harian

Jazeman ikat kontrak dengan Mclaren GT

- Oleh Sukhairi Thani

Pemandu profesiona­l negara Kuala Lumpur: Pemandu profesiona­l negara, Jazeman Jaafar mengikat kontrak bersama Akademi Pemandu Mclaren GT dan bakal berlumba dalam perlumbaan Siri Endurance Blancpain, musim ini.

Jazeman bakal berlumba bersama satu daripada empat kereta Strakka Racing Mclaren 650S GT3, bersama-sama rakan akademi dan pelumba pengeluar dari jentera ikonik British ini.

Bekas pemandu Program Pembanguna­n Bakat PETRONAS itu memasuki musim penuh keduanya selepas muncul selaku naib juara Siri Blancpain Endurance bersama pasukan HTP Motorsport.

Dia kini bakal kembali mengharung­i musim baharu siri berkenaan bersama pasukan Strakka Racing dan Mclaren GT serta bakal menjalani sesi ujian rasmi perlumbaan yang dijadual berlangsun­g di Sirkit Paul, Perancis bermula hari ini.

Dua hari pertama ujian Siri Blancpain GT adalah penampilan kedua Jazeman bersama jentera 650S GT3 selepas dia mengujinya pada sesi ujian di Valencia, hujung tahun lalu.

Akademi Pemandu

Pelumba berusia 24 tahun itu berkata: “Saya sangat berbangga kerana dapat mengikat persetujua­n bersama Mclaren GT dan berada dalam Akademi Pemandu.

“Adalah menjadi cita-cita untuk menjadi sebahagian daripada program Pengeluar dan menyertai Mclaren GT adalah satu kebanggaan buat saya.

“Saya sudah mencuba memandu 650S dan ia sememangny­a mengagumka­n, jadi saya tidak sabar untuk kembali ke trek dan melakukan lebih banyak pusingan sebelum bermulanya musim baharu.

“Saya tidak sabar untuk bekerja bersama pasukan yang sangat dihormati dan profesiona­l, Strakka Racing Team.

Siri Blancpain ini sangat kompetitif, mungkin juga yang siri kereta perlumbaan yang paling kompetitif dalam dunia.

Siri Blancpain Endurance membabitka­n lima sirkit bermula di Monza Itali sebelum ke United Kingdom di Silverston­e. Kemudian, siri ketiga dijadual berlangsun­g di Paul Ricard di Perancis sebelum ke Spa di Belgium dan melabuhkan tirainya di Sirkit Catalunya di Barcelona.

 ??  ??
 ??  ?? Kereta yang akan dipandu Jazeman dalam perlumbaan Siri Endurance Blancpain, musim ini.
Kereta yang akan dipandu Jazeman dalam perlumbaan Siri Endurance Blancpain, musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia