Berita Harian

Mutu pengadilan aksi beregu campuran dipertikai

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar surat bantahan kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) dan Persatuan Badminton England mengenai mutu pengadilan pada final beregu campuran Kejohanan Badminton Seluruh England, yang membabitka­n pasangan negara, pada Ahad lalu.

Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata beberapa tindakan pengadil perlawanan akhir beregu campuran, yang menyaksika­n Chan Peng Soon/goh Liu Ying berdepan gandingan Lu Kai/huang Yaqiong dari China, sebagai tidak profesiona­l.

“Saya sudah beritahu Pengarah Teknikal BAM, Morten Frost Hansen untuk menilai situasi ini dan bersetuju untuk menghantar surat bantahan kepada BWF dan England BA.

“Saya berharap selepas ini, pemain kita akan lebih matang menghadapi situasi sedemikian kerana ia boleh menjejaska­n permainan mereka,” katanya kepada BERNAMA di sini, semalam.

Dalam perlawanan akhir Seluruh England di Barclaycar­d Arena, Birmingham, beregu campuran negara yang diletakkan sebagai pilihan keenam, tewas kepada gandingan China itu dengan catatan 21-18, 19-21, 16-21.

Melaka beri ganjaran Di Melaka,

kerajaan negeri mengkaji ganjaran untuk diberikan kepada Liu Ying yang muncul bersama pasanganny­a, Peng Song sebagai naib juara beregu campuran Seluruh England, Ahad lalu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, berkata bentuk ganjaran belum dikenal pasti dan ia akan diserahkan kepada pemain itu pada masa yang sesuai.

Beliau berkata, pengorbana­n dan kesungguha­n pemain terbabit amat dipuji dan mampu menjadi ikutan serta contoh pemain muda lain.

“Saya yakin Liu Ying mampu melangkah lebih jauh melakar kejayaan, selain dilihat memiliki potensi terus memberikan yang terbaik kepada kontinjen badminton negara.

“Pencapaian bersejarah itu tetap membanggak­an rakyat dan kerajaan negeri Melaka.

“Berikutan kejayaanny­a itu, kerajaan negeri mengkaji untuk memberi ganjaran kepada pemain berkenaan,” katanya,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia