Berita Harian

‘Paling penting keselamata­n terjamin’

Kim Swee akur keputusan AFC berhubung tarikh baharu, tempat perlawanan

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee sedia menerima apa saja keputusan daripada Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) berhubung tarikh baharu dan veneu yang akan digunakan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara.

Jurulatih kelahiran Melaka itu menegaskan, apa yang penting adalah keselamata­n pegawai dan pemain Harimau Malaysia terjamin selain mendapat kebenaran daripada Kerajaan Malaysia.

“Saya fikir apa saja keputusan AFC, ia tidak akan memberi impak kepada kami. Selagi keselamata­n pegawai dan pemain dijamin selamat, kami akan pergi. Namun, jika kerajaan kata kami tidak sepatutnya pergi, kami tidak boleh pergi.

“Jadi, paling penting adalah semua pihak perlu bekerjasam­a dan saya percaya bola sepak tiada kena mengena dengan isu seperti ini,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Harimau Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

AFC dijangka mengumumka­n tarikh baharu dan venue bagi perlawanan Kumpulan G itu pada satu taklimat kepada media, hari ini.

Pemain dibenar pulang

Selain itu, Kim Swee juga menjelaska­n semua pemain akan dilepaskan kepada pasukan masingmasi­ng selepas aksi persahabat­an dengan Filipina di Manila pada 22 Mac ini.

“Mereka akan dilepaskan (selepas aksi dengan Filipina) kerana beberapa pasukan berdepan perlawanan penting termasuk suku akhir Piala FA.

“Saya memahami dengan situasi sekarang ini, pemain perlukan rehat dan pasukan mereka boleh melakukan persiapan terbaik, jadi saya harap semua pasukan gembira dengan keputusan ini,” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an Nazirul Naim Che Hashim yang dibelenggu kecederaan bahu, Kim Swee mengesahka­n tempat pemain itu tidak akan diganti dengan pemain lain.

“Saya sudah buat keputusan di mana tidak ada penambahan pemain buat masa ini. Khair Muhammad Jefri Jones boleh bermain di (pertahanan) sebelah kiri.

“Matthew Davies juga pernah diturunkan di sebelah kiri ketika Piala AFF Suzuki dan kita mempunyai Rizal Ghazali di sebelah kanan, jadi tiada masalah untuk kita cari pengganti (Nazirul),” katanya.

 ?? [FOTO OSMAN ADNAN/BH] ?? Kim Swee (kiri) memantau sesi latihan skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
[FOTO OSMAN ADNAN/BH] Kim Swee (kiri) memantau sesi latihan skuad Harimau Malaysia di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia