Berita Harian

Harimau Selatan mengganas

Belasah Global FC 4-0 sekali gus rampas tangga teratas Kumpulan F

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas tangga teratas Kumpulan F selepas membelasah Global FC 4-0 pada aksi Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n JDT menamatkan saingan pusingan pertama dengan mengumpul tujuh mata manakala Global FC kekal enam mata dan rekod bersih dua kemenangan kelab dari Filipina itu tercalar pada perlawanan itu.

Seharusnya gol pertama mampu dihasil tuan rumah pada minit keenam selepas bola lorongan Gonzalo Cabrera membuka ruang buat Ahmad Hazwan Bakri yang berjaya melepasi perangkap ofsaid, tetapi bola rembatan leret sempat dihalang penjaga gol pelawat, Patrick Deyta.

Harimau Selatan terus buntu apabila bola lorongan Gabriel Guerra kepada Ahmad Hazwan yang kemudian melakukan rembatan pada minit ke-15 berjaya ditepis Deyta.

Namun, gol yang dinanti tuan rumah menjelma pada minit ke-30 selepas bola tolakan kapten, Safiq Rahim tepat kepada Mahali Jasuli dirembat tepat ke sudut kiri menewaskan Deyto.

Hadiah sepakan penalti

Tindakan Amani Aguinaldo yang melakukan terjahan keras terhadap Ahmad Hazwan menyebabka­n pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Kim Dae-yong tidak teragak-agak menghadiah­kan sepakan penalti pada minit ke-32.

Safiq yang ditugaskan mengambil sepakan itu mudah menewaskan Deyta untuk meletak tuan rumah selesa dengan kedudukan 2-0 dan kedudukan itu beri kelegaan buat pengendali JDT, Benjamin Mora untuk melangkah masuk ke bilik persalinan bagi mengakhiri babak pertama.

Ketika aksi berbaki tiga minit untuk ditamatkan, pemain gantian Brian Fereira melenyapka­n sisa perjuangan Global FC apabila menambah jaringan buat tuan rumah selepas menerima bola umpanan jauh Guerra.

Pada minit akhir perlawanan, Antonio melengkap kemenangan tuan rumah apabila menanduk bola sepakan percuma Guerra bagi memastikan JDT meraih kemenangan 4-0.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia