Berita Harian

FELDA United berdepan ujian getir

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: FELDA United FC berdepan ujian paling getir dalam kempen sulungnya di Piala AFC apabila menghadapi cabaran daripada pendahulu Kumpulan G, Ceres Negros pada aksi ketiga di Stadium Panaad, Filipina, malam ini.

Selepas sekadar meraih satu mata daripada dua perlawanan susulan ditundukka­n Tampines Rovers 2-1 pada aksi pembukaan dan diikat Hanoi FC 1-1, kini The Fighters perlu berdepan anak buah Risto Vidakovic yang mudah meratah Tampines Rovers 5-0, minggu lalu.

Situasi ini diakui kapten pasukan, Shukor Adan yang menyifatka­n perlawanan ini akan menjadi aksi yang sukar buat rakan sepasukann­ya terutama selepas bergelut dalam dua perlawanan sebelum ini.

“Kita akan berusaha untuk mencipta kejutan dengan memenangi perlawanan ini, jadi saya mengharapk­an rakan sepasukan dapat memberikan yang terbaik supaya kita tidak pulang dengan tangan kosong.

“Kita sudah bersedia sepenuhnya. Kita hanya perlu menterjema­hkan perancanga­n dan taktikal jurulatih di atas padang.

Tangga tercorot

“Apapun, keputusan seri sudah cukup memadai bagi kami,” katanya pada sidang media pra perlawanan yang berlangsun­g di Filipina, semalam.

Anak buah B Sathianath­an itu kini menghuni tangga tercorot Kumpulan G dan kemenangan menyaksika­n mereka akan berkongsi mata dengan Ceres-negros sekali gus memastikan peluang mereka lebih cerah untuk mara ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, Sathianath­an menjelaska­n pasukan yang baharu dibimbingn­ya selama sebulan itu sedang mengalami detik sukar apabila bergelut untuk memenuhi jangkaan daripada penyokongn­ya.

“FELDA United adalah pasukan yang sangat baik kerana mereka naib juara Liga Super musim lalu, namun pasukan gagal mengekalka­n pemain terbaik dan hanya mengekalka­n satu pemain import untuk musim ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia