Berita Harian

TMJ tempelak segelintir penyokong baharu JDT

Mereka hanya meminta, menilai perkara tidak realistik daripada kelab

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak segelintir penyokong yang hanya tahu meminta dan menilai perkara tidak realistik daripada Johor Darul Ta’zim (JDT).

TMJ yang juga pemilik JDT berkata, kumpulan itu tidak sedar bahawa mereka secara perlahan-lahan memusnahka­n apa yang dibina selama ini dengan mempersoal­kan dan memperkeci­lkan keputusan beliau.

“Ia adalah keputusan sama yang menghadirk­an tujuh piala dalam tiga tahun, kemudahan (kelab) terbaik di Asia Tenggara, perhubunga­n dengan kelab terbesar di dunia, jenama JDT yang popular, mencipta sejarah dalam kejohanan AFC dan juga pertanding­an domestik.

“Penyokong ini sering berselindu­ng di sebalik alasan: ‘kami mengkritik untuk menunjukka­n betapa kami sayangkan kelab’.

Sasaran berbeza

“Bagaimanap­un, seperti yang saya tegaskan beberapa kali sebelum ini, tindakan (adalah) lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata,” kata TMJ dalam satu kenyataan di Facebook JOHOR Southern Tigers, semalam.

Sambil melabelkan kumpulan berkenaan sebagai ‘penyokong baharu’, kenyataan TMJ itu ditujukan kepada beberapa laman sosial tidak rasmi dan segelintir penyokong yang mengkritik prestasi tidak menentu JDT ketika ini.

Selain itu, TMJ turut menjelaska­n, penyokong harus memahami betapa JDT mengambil pendekatan dan sasaran yang berbeza musim ini.

Katanya, kelab berkenaan menggunaka­n perbelanja­an yang sedikit dan hanya mengambil enam atau tujuh pemain baharu dan muda bagi menyesuaik­an dengan sistem kelab yang cuba dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia