Berita Harian

Sang Badak makin bersemanga­t masuk padang

- Oleh Ryan Stanley

Kota Kinabalu: Kejayaan melangkah ke suku akhir Piala FA menjadikan Sang Badak lebih bersemanga­t untuk meneruskan saingan Liga Perdana bertemu MISC-MIFA di Stadium MBPJ, petang ini.

Pengendali­nya, Steve Vilmiaire berkata dua keputusan terdahulu iaitu seri 1-1 dengan PKNP dalam saingan liga dan menang 4-2 terhadap MOF FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA telah menyuntik semangat anak buahnya untuk terus mencatat keputusan yang baik.

“Persiapan kita untuk perlawanan ini (bertemu MISC-MIFA) sangat baik selepas kemenangan dalam Piala FA, Sabtu lalu, selain keputusan seri yang kita catat di gelanggang lawan bertemu PKNP, sebelum ini.

“Kita perlu meneruskan momentum ini dan sudah pasti kita mahukan kemenangan sekali gus mengutip tiga mata penuh bagi memperbaik­i kedudukan kita dalam liga,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dibolosi banyak gol

Jurulatih berusia 32 tahun itu bagaimanap­un tidak memandang mudah cabaran MISC-MIFA walaupun pasukan berkenaan kini berada di kedudukan kedua tercorot Liga Perdana, iaitu hanya ketinggala­n satu mata di belakang Sabah.

“MISC-MIFA sebuah pasukan yang sukar dijangka, mereka dibolosi banyak gol tetapi mereka juga sudah menjaringk­an gol yang banyak.

“Kita perlu lebih berhati-hati, namun juga mengambil risiko sekiranya ingin mencatat kemenangan dalam perlawanan ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata tiga tonggaknya yang terlepas aksi sebelum ini iaitu Jonathan Behe, Azzizan Nordin dan Radzi Mohd Hussin masih belum dapat diturunkan untuk perlawanan itu.

“Namun, kita masih memiliki pemain yang mampu menggalas tugas mereka. Saya harap pemain yang diturunkan esok (hari ini) akan bermain bersungguh-sungguh,” katanya sambil menambah Behe dan Azzizan dijangka kembali beraksi pada suku akhir pertama Piala FA bertemu Negeri Sembilan, 1 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia