Berita Harian

Dollah sasar Tok Gajah terbaik

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mahu mengembali­kan skuad itu pada prestasi terbaik seperti yang diharapkan penyokong sepanjang menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Beliau berkata, kejayaan menempah tempat ke suku akhir Piala FA adalah detik terbaik untuk memulih imej skuad Tok Gajah selepas gagal menyerlah musim lalu.

Katanya, dengan komitmen tinggi yang dipersemba­hkan pemain tiada yang mustahil untuk merealisas­ikannya terutama meraih kejuaraan musim ini.

“Bagi saya, misi utama adalah mengembali­kan Pahang pada prestasi sebenarnya seperti yang diharapkan penyokong untuk melihat skuad Tok Gajah bangkit mencipta kejayaan.

“Saya harap pemain dapat mengekalka­n rentak cemerlang dan beraksi dengan lebih baik sebaik aksi Liga Super termasuk saingan suku akhir Piala FA bermula,” katanya semalam.

Tempat kedua liga

Pada aksi Liga Super, skuad Tok Gajah kini berada di tempat kedua dengan mengutip 16 mata iaitu di belakang pendahulu, Kedah yang mengumpul 18 mata manakala ketiga milik Johor Darul Ta'zim dengan 14 mata.

Ditanya tempoh rehat panjang liga, Dollah berkata, ia peluang terbaik skuadnya untuk pulih daripada kecederaan yang dialami beberapa pemain sekali gus kembali berada pada prestasi terbaik.

Justeru, beliau mengharapk­an prestasi lebih baik dipersemba­hkan pemain terutama memberi tumpuan terhadap aksi suku akhir Piala FA bertemu JDT.

“Saya harap pemain yang mengalami kecederaan cepat pulih dan dapat membantu pasukan menghadapi aksi sengit bertemu JDT yang pasti mahu mempertaha­nkan piala berkenaan,” katanya.

 ??  ?? Penjaga gol Pahang, Wan Muhd Azraie Wan Teh (kanan) menghalang cubaan pemain Melaka United, Khair Muhammad Jefri Jones pada perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.
Penjaga gol Pahang, Wan Muhd Azraie Wan Teh (kanan) menghalang cubaan pemain Melaka United, Khair Muhammad Jefri Jones pada perlawanan Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia