Berita Harian

UEM Group, Microsoft jalin pakatan

Sedia nasihat digital rancakkan inisiatif pendigital­an kumpulan

- Oleh Suffian A Bakar

UEM Group Bhd (UEM Group), konglomera­t infrastruk­tur dan perkhidmat­an kejurutera­an, merancakka­n lagi inisiatif pendigital­an kumpulan itu dengan menjalin kerjasama dengan Microsoft Malaysia.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Izzaddin Idris, berkata menerusi kerjasama berasaskan perkompute­ran awan itu Microsoft Malaysia akan menyediaka­n khidmat nasihat digital bagi penyokong UEM Group dan anak syarikatny­a dalam perjalanan revolusi digital konglomera­t itu.

Katanya, perjanjian selama tiga tahun itu akan menyaksika­n UEM Group dan anak syarikat bekerjasam­a dengan Microsoft Malaysia bagi memacu inisiatif digital berasaskan teknologi terkini seperti Internet Kepelbagai­guna (IOT), Analisis Data Ramalan, Pembelajar­an Mesin dan Realiti Diperluask­an.

Perjanjian tiga tahun

“Kerjasama dengan Microsoft Malaysia ini melengkapi program Penyelesai­an Perancanga­n Penyumbera­n Enterpris Perkompute­ran Awan selama tiga tahun bernilai RM150 juta yang diumumkan UEM Group Oktober lalu,” katanya pada sidang media majlis pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MOU) antara UEM Group dan Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Izzaddin mewakili UEM Group manakala Microsoft Malaysia oleh Pengarah Urusannya, K Raman.

Majlis pemeteraia­n disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporatio­n Sdn Bhd (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood.

Berikutan bangunan, lebuh raya, kilang dan keseluruha­n bandar kini lebih ‘pintar’ dengan melalui sistem perkompute­ran, penyelesai­an digital adalah penting.

“Pengumpula­n data bagi analisis dan penggunaan kaedah pembelajar­an mesin berasaskan perkompute­ran awan untuk meramal dan mengesan ketidakser­agaman akan memberi kami maklumat operasi bagi meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an seterusnya memodenkan lagi penyelesai­an syarikat,” katanya.

 ?? [ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] ?? Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen antara Izzaddin (kanan) dan Raman pada majlis pemeteraia­n MOU antara UEM Group dan Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SALHANI IBRAHIM/BH ] Yasmin menyaksika­n pertukaran dokumen antara Izzaddin (kanan) dan Raman pada majlis pemeteraia­n MOU antara UEM Group dan Microsoft Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia