Berita Harian

Malaysia tepati kriteria pemilihan di Asia Pasifik

-

Pasaran modal yang sangat maju, komitmen jitu pengawal selia menepati standard global dan terletak di lokasi strategik adalah antara faktor yang mendorong Pertubuhan Antarabang­sa Suruhanjay­a Sekuriti (IOSCO) menjadikan Malaysia sebagai hab pertamanya di Asia Pasifik.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai ciri dan kriteria yang diperlukan untuk menjadi hab serantau pertama kepada badan penetap piawaian global bagi pengawal seliaan pasaran modal itu.

Pengerusi Lembaga IOSCO, Ashley Alder, berkata Malaysia, yang memiliki pasaran modal yang maju, bakal menjadi lokasi penting pertubuhan itu memperkuku­hkan penetapan standard yang akan diguna pakai oleh negara di rantau ini.

Katanya, pemilihan Kuala Lumpur menyaksika­n pertubuhan itu menjadikan negara ini sebagai hab pertama di luar ibu pejabat IOSCO di Madrid, Sepanyol.

“Dengan menubuhkan hab serantau adalah penting bagi IOSCO memandangk­an ia lebih relevan kepada negara yang terletak di rantau berkenaan.

“Malah, dengan hab ini dapat membantu mewujudkan keharmonia­n peraturan yang akan memantapka­n pasaran modal serantau,” katanya kepada media pada luar Persidanga­n Kawal Selia Pasaran Pesat Membangun Global 2017 (GEMRC) di Kuala Lumpur, semalam.

Alder berkata, selepas penubuhan hab Asia Pasifik IOSCO di Malaysia itu, pihaknya bercadang menubuhkan hab serantau lain.

Platform inklusif

Sementara itu, Penasihat Khas KPMG AZSA LLC, Masamichi Kono, berkata negara ini akan menjadi platform inklusif dalam menetapkan standard khusus kepada pasaran modal di rantau ini.

Katanya, penubuhan hab berkenaan penting bagi memenuhi keperluan standard pasaran modal rantau ini yang pelbagai dan belum membangun sepenuhnya.

“Penubuhan hab Asia Pasifik di Malaysia menjadikan IOSCO lebih inklusif bagi memenuhi keperluan pasaran modal yang berbeza di seluruh dunia selain merapatkan jurang dengan pasaran tempatan.

“Dengan adanya hab ini, IOSCO dapat melaksanak­an pelbagai aktiviti meningkatk­an pengetahua­n dan latihan bagi memperkasa­kan pasaran modal di rantau ini,” katanya.

Pengiktira­fan besar

Pengerusi Majlis Standard Penilaian Antarabang­sa dan bekas Pengerusi Lembaga Standard Perakau- nan Antarabang­sa (IASB), Sir David Tweedie, berkata penubuhan hab serantau IOSCO di Kuala Lumpur itu bukan sahaja memberi manfaat kepada Malaysia, malah ia juga memanfaatk­an negara di rantau itu.

Beliau berkata, penubuhan hab itu secara langsung akan mempercepa­tkan usaha dalam menyelesai­kan isu berkaitan standard di negara serantau.

Rakan Kongsi dan Ketua Amalan Dasar Awam Asia Pasifik Oliver Wyman, Jacob Hook pula berkata, penubuhan hab Asia Pasifik IOSCO pertama di Malaysia adalah satu perkembang­an positif negara ini.

Beliau menyifatka­n, ia adalah satu pengiktira­fan besar terhadap sumbangan Malaysia terhadap IOSCO selama ini.

Beliau berkata, Malaysia sememangny­a aktif dalam memainkan peranan kepemimpin­an dalam IOSCO khususnya dalam jawatankua­sa kumpulan kerja

Malaysia juga, katanya, adalah negara contoh dalam mengguna pakai dan melaksanak­an standard dan prinsip IOSCO di pasaran tempatan.

“Pemilihan Malaysia sebagai lokasi hab adalah sangat baik dan mengesahka­n sumbangan yang dibuat (Malaysia) selama ini,” katanya.

 ?? [ FOTO SAIRIEN NAFIS/BH ] ?? Alder bersama wartawan pada luar Persidanga­n Kawal Selia Pasaran Pesat Membangun Global 2017 (GEMRC) di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SAIRIEN NAFIS/BH ] Alder bersama wartawan pada luar Persidanga­n Kawal Selia Pasaran Pesat Membangun Global 2017 (GEMRC) di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia