Berita Harian

Manulife optimis pertumbuha­n kukuh tahun ini

-

Manulife Holdings Bhd optimis meraih pertumbuha­n perniagaan lebih kukuh pada tahun ini meskipun berdepan dengan ekonomi yang mencabar.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Mark O’ Dell, berkata sasaran berkenaan dipacu oleh pertumbuha­n baik menerusi beberapa cabang perniagaan­nya seperti unit amanah dan produk insurans hayat.

“Keduadua segmen berkenaan mencatatka­n pertumbuha­n terbaik untuk syarikat, sepanjang tahun lalu.

“Berdasarka­n prestasi positif itu, kami berharap ia dapat diteruskan pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaia­n hadiah kepada tiga pemenang utama pertanding­an Startnow 60-second Pitch, di Kuala Lumpur, semalam.

Tiga pemenang berkenaan terdiri daripada Rociel Sama, Yap Jo Leen dan Lee Soon Yong. Masingmasi­ng menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Yang turut hadir, Ketua Penjenamaa­n dan Komunikasi Manulife Insurance Bhd, Eza Dzul Karnain.

Terus kempen mendidik

Terdahulu, ketika berucap pada majlis berkenaan, O’ Dell berkata, pihaknya akan meneruskan bebe rapa kempen pada tahun ini sebagai meneruskan komitmen syarikat dalam mendidik masyarakat mengenai perancanga­n kewangan yang betul sebagai jaminan masa depan lebih baik.

“Menerusi pertanding­an itu, kami menggalakk­an rakyat Malaysia untuk berkongsi impian mereka yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

“Mesej penting yang boleh disampaika­n menerusi pertanding­an itu ialah mendidik masyarakat supaya melakukan perancanga­n lebih awal sebagai persediaan menghadapi masa depan,“katanya.

Dua platform

Sementara itu, Eza berkata, pihaknya memperuntu­kkan kirakira RM400,000 bagi menjayakan pertanding­an berkenaan yang diadakan menerusi dua platform, iaitu rakaman video dan media sosial.

“Peserta akan memuat naik impian mereka menerusi video yang berdurasi selama 60 saat dan berkongsi video berkenaan menerusi Instagram dan Youtube.

“Selain itu, peserta juga boleh berkongsi impian masingmasi­ng menerusi stesen radio FLYFM,” katanya.

Manulife Holdings Bhd, cabang perniagaan pengurusan aset Manulife Financial yang berpangkal­an di Kanada.

Pertanding­an ‘Startnow 60-second Pitch’ diadakan selama sebulan pada Januari lalu.

Penyertaan membabitka­n 84 video yang disiarkan dalam Instagram.

 ?? [ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] ?? O’dell (kanan) dan Eza (kiri) menyampaik­an hadiah kepada tiga pemenang utama pertanding­an Startnow 60-second Pitch di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO HAFIZ SOHAIMI / BH ] O’dell (kanan) dan Eza (kiri) menyampaik­an hadiah kepada tiga pemenang utama pertanding­an Startnow 60-second Pitch di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia