Berita Harian

MIDA tumpu tarik pelabur industri solar

Kemudahan sedia ada mampu pacu Malaysia jadi hab pengeluara­n

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) memberi tumpuan kepada prospek pelaburan tenaga solar dalam menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluara­n tenaga alternatif itu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Azman Mahmud, berkata ia susulan permintaan bagi tenaga solar yang meningkat, selaras dengan dasar kerajaan di seluruh dunia yang menggalakk­an penggunaan tenaga boleh diperbahar­uiitu.

Katanya, selain itu pasaran photovolta­ic (PV) dunia dijangka berkembang antara 12 hingga 20 peratus, membabitka­n keseluruha­n segmen rantaian PV, sepanjang lima tahun ini.

Beliau berkata, Malaysia kini memiliki tapak pembuatan filem nipis terbesar dan menjadi pengekspor­t utama panel suria ke Ame rika Syarikat, selain 48 projek solar sudah pun dilaksanak­an di negara ini dengan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion, membabitka­n 95.3 peratus daripada pelaburan asing pada 2015.

“Tinjauan MIDA mendapati, nilai eksport dan dan aktiviti penyumbera­n tempatan dilaksanak­an syarikat solar utama di negara ini masingmasi­ng bernilai RM11.1 bilion dan RM1.42 bilion.

“Malah, pengeluara­n tenaga solar di rantau Asia dijangka meningkat melebihi 37 gigawatt (GW) bagi kapasiti PV antara 2014 hingga 2018,” katanya ketika merasmikan PV Cell Tech 2017 di Georgetown, semalam.

Pelaburan terbesar

Azman berkata, MIDA berjaya menarik tambahan tujuh projek pengilanga­n solar dan 83 projek tenaga boleh diperbahar­ui membabitka­n nilai pelaburan masingmasi­ng sebanyak RM1.77 bilion serta RM650 juta, tahun lalu.

“Pelaburan terbesar disumbangk­an pengeluar jongkong solar, sel wafer dan modul terbesar, iaitu Longi, berpangkal­an di Zon Perindustr­ian Bebas Sama Jaya, Sarawak dengan nilai pelaburan sebanyak RM1.06 bilion.

“Pelaburan lain diluluskan, termasuk daripada Jinko Solar dan JA Solar yang menjalanka­n aktiviti pembesaran dan mempelbaga­ikan prospek tenaga solar di negara ini,” katanya.

Dua dasar baharu

Mengulas lanjut, Azman berkata, kerajaan juga sudah memperkena­l dua dasar baharu bagi meningkatk­an penjanaan tenaga boleh diperbahar­ui (RE), sekali gus memastikan kapasiti tenaga solar di negara ini dapat dipertingk­at.

“Dasar berkenaan ialah pe meteran tenaga bersih dan mekanisme solar berskala besar yang akan mempercepa­tkan proses mencapai sasaran RE kepada 2,080 megawatt (MW), yang antara lain muncul sebagai inisiatif penyumbang kepada pertambaha­n 1,500 MW RE, pada 2020,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia