Berita Harian

P10 merevolusi gaya hidup fotografi digital

Huawei kukuh kedudukan dengan lensa kamera hadapan Leica pertama

-

Bagi penulis, secara keseluruha­nnya Huawei semakin serius untuk mengukuhka­n kedudukann­ya berlandask­an minat pengguna yang masih sukakan rakaman fotografi dan swafoto.

Kamera dwi-lensa terbaru

Peluang menggengga­m peranti pintar terbaru itu agak mengujakan, apatah lagi untuk mencuba keupayaan sistem kamera dwilensa terbarunya dengan penderia 20 megapiksel bagi hitamputih dan penderia 12 megapiksel berwarna.

Walaupun tidak banyak objek yang boleh dijadikan subjek rakaman ketika ujian singkat dilakukan, sekilas lalu penulis mendapati kecerahan, ketajaman dan kedalaman bayangan gambar lebih ketara berbanding P9 yang dimiliki penulis.

Ujian swafoto dengan kesan khas Bokeh juga sesuatu yang baru untuk penulis dihasilkan kamera hadapan P10 yang dibina bersama lensa Leica f/1.9 dan penderia lapan megapiksel.

Spesifikas­i lain yang ditonjolka­n pada pelancaran P10 adalah Skrin 5.1 inci IPS NEO, prosesor lapan teras Hisilicon Kirin 960, RAM 4 GigaBait, pilihan ROM 32 Gigabait atau 64 Gigabait, dan slot kad Mikrosd yang mampu menyokong storan tambahan sehingga 256 Gigabait.

Walaupun pada saiz yang lebih kecil dan kemas untuk dipegang, siri P10 hadir dengan kapasiti bateri lebih besar pada kuasa 3200 mah dan disokong pengecasan pantas melalui port USBC.

Akses sekuriti pantas

Bagi pengguna yang biasa dengan model Huawei siri P pasti akan menyedari terdapat butang ‘rumah’ sesentuh pada bahagian bawah telefon yang sebenarnya turut berfungsi sebagai butang pengimbas cap jari untuk akses sekuriti pantas.

Namun, agak mengecewak­an P10 masih belum mengejar pesaingnya dari segi ketahanan kalis air apabila hanya menawarkan peranti yang kalis percikan air berbanding pesaingnya yang sudah mula memperkena­lkan peranti dengan piawaian IP68 yang mampu tenggelam sepenuhnya dalam air.

Mungkin kerana peranti itu masih memiliki beberapa ‘lubang’ yang lebih penting dan selesa untuk digunakan pengguna seperti slot audio 3.5 mm, port pengecasan USBC, dan satu pembesar suara mono.

Secara asasnya, penulis berpendapa­t Huawei masih mengekalka­n reka konsepnya untuk mengutamak­an keselesaan pengguna berbanding terlalu pantas memperkena­lkan kecanggiha­n teknologi baharu yang berisiko membuatkan pengguna ‘terkejarke­jar’ tanpa memanfaat sepenuhnya inovasi sedia ada.

 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] ?? Huawei P10 pilihan terbaik bagi pengguna yang sukakan rakaman fotografi dan swafoto.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] Huawei P10 pilihan terbaik bagi pengguna yang sukakan rakaman fotografi dan swafoto.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia