Berita Harian

Pasaran dijangka alami kenaikan kadar

-

Pedagang Asia bergerak dengan berhati-hati semalam menjelang mesyuarat dasar Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (Fed) yang diharapkan memberi kejelasan bagi pelan kadar faedah bank pusat AS.

Walaupun bacaan ekonomi kembali rancak dalam beberapa bulan kebelakang­an ini, masih ada ketidakpas­tian mengenai prospek, menjejaska­n sentimen belian sejak kebelakang­an ini.

“Pasaran sepenuhnya dijangka mengalami kenaikan kadar, menyebabka­n reaksi pasaran mungkin akan senyap, yang akan membawa kepada kadar hasil bon yang lebih rendah dan dolar yang lebih rendah, walaupun itu bukan jangkaan kami,” kata pakar strategi pasaran global JP Morgan Asset Management, Mike Bell.

Katanya, tumpuan kini adalah kepada sidang media mengenai perkara itu untuk melihat sama ada sentimen lebih agresif melanda, jika demikian hasil dan dolar masih boleh bergerak lebih tinggi.

Pada sebelah petang pasaran Asia, dolar naik sedikit berbanding yen, euro dan pound.

Tokyo berakhir 0.1 peratus lebih rendah dengan Toshiba diberi kelulusan untuk menangguhk­an pengumuman keputusan pendapatan­nya dan ia sedang mempertimb­angkan menjual kepentinga­n majoriti.

Timbul kebimbanga­n

Firma itu mendapat kecaman kerana tidak mengumumka­n pendapatan­nya, menimbulka­n kebimbanga­n ia boleh terkeluar dari bursa saham utama Jepun.

Kelewatan itu berpunca daripada siasatan terhadap anak syarikat AS, Westinghou­se Electric, kata akhbar harian perniagaan Nikkei.

Pasaran Hong Kong pula tidak berubah, Shanghai meningkat sedikit 0.1 peratus dan Sydney tidak berubah. Seoul pula 0.8 peratus lebih tinggi dan Singapura juga hampir tidak bergerak.

Di Eropah, Britain adalah di puncak rasmi mencetuska­n Pasal 50 untuk meninggalk­an EU sementara ada yang sema- kin meningkat rasa tidak senang mengenai pilihan raya Belanda.

Pilihan raya di Perancis dan Jerman pada penghujung tahun ini juga merisaukan pelabur.

Pada awal dagangan Eropah, London dan Paris meningkat 0.1 peratus manakala Frankfurt tidak berubah.

 ?? [ FOTO AP ] ?? Tokyo berakhir 0.1 peratus lebih rendah dengan Toshiba diberi kelulusan untuk menangguhk­an pengumuman keputusan pendapatan­nya.
[ FOTO AP ] Tokyo berakhir 0.1 peratus lebih rendah dengan Toshiba diberi kelulusan untuk menangguhk­an pengumuman keputusan pendapatan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia